Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sekiranya kita ternampak beberapa kenderaan di hadapan memperlahan kenderaan walaupun jalan nampak kosong, itu antara tanda-tanda kita perlu berwaspada samada terdapat kemalangan, sekatan jalan raya atau kesesakan lalu lintas berlaku di hadapan jalan.

Baru-baru ini tular satu rakaman video di mana sepasang suami isteri sedang merakam satu kejadian kemalangan yang berlaku di lebuh raya berhampiran rumah mereka.

Sebuah kereta berwarna biru sudah dalam keadaan terbalik dan ada beberapa kenderaan lain sudah meletakkan kenderaan di bahu jalan bagi memberikan bantuan kepada mangsa yang terperangkap di dalam kereta.

@nasilemakdagingpower

@liaremlee

♬ original sound – NasiLemakDagingPower – NasiLemakDagingPower

Semasa pasangan suami isteri tersebut membuat rakaman, secara tiba-tiba ada sebuah kereta Myvi berwarna putih bergerak dengan laju di laluan paling kanan walaupun sudah ada orang memberikan isyarat untuk memperlahankan kenderaan.

Namun, disebabkan Myvi tersebut gagal memperlahankan kenderaan dan nyaris mahu melanggar orang di hadapannya, kereta tersebut telah merempuh konkrit pembahagi jalan lalu menghentam sebuah lagi kereta Myvi yang betul-betul berhenti di belakang kenderaan yang sudah terbalik.

Ekoran pelanggaran tersebut, kedua-dua Myvi berwarna putih itu melanggar sebuah bas yang berada berhampiran. Rakaman video ini telah mendapat 1.7 juta jumlah tontonan serta ribuan reaksi penonton di bahagian komen video tersebut.

vocket-myvi-langgar-myvi-putih-9

Sumber Gambar: TikTok NasiLemakDagingPower

vocket-myvi-langgar-myvi-putih-3

Sumber Gambar: TikTok NasiLemakDagingPower

vocket-myvi-langgar-myvi-putih-4

Sumber Gambar: TikTok NasiLemakDagingPower

vocket-myvi-langgar-myvi-putih-5

Sumber Gambar: TikTok NasiLemakDagingPower

vocket-myvi-langgar-myvi-putih-6

Sumber Gambar: TikTok NasiLemakDagingPower

vocket-myvi-langgar-myvi-putih-8

Sumber Gambar: TikTok NasiLemakDagingPower

Namun, aksi si isteri memberikan celoteh komentar mengenai situasi kemalangan yang berlaku telah membuatkan orang ramai terhibur. Rata-rata ramai yang geli hati apabila mendengar si isteri seolah-olah menceritakan semula kepada suami satu per satu apa yang terjadi walaupun si suami berada di sebelahnya.

“Laju bang belakang bang. Eeeh, Myvi ini. Bang, bang, bang. Haa, kan saya dah kata bang. Sebab dia laju sangat,” terang si isteri bersungguh-sungguh kepada suaminya apabila melihat Myvi tersebut menjadi punca kemalangan awal menjadi lebih teruk.

Pada masa yang sama orang ramai berasa geram dengan kedua-dua suami isteri tersebut kerana beberapa kali mereka mengerakkan telefon semasa merakam detik-detik yang mencemaskan.

Menurut salah seorang pengguna TikTok yang berada semasa kejadian, dia sangat terkejut melihat kereta Myvi putih yang dinaiki dua orang wanita melanggar sebuah lagi Myvi berwarna sama lalu merempuh sebuah bas.

Seorang penunggang motosikal sempat mengelak dari nyaris dilanggar sebuah kereta Myvi yang secara tiba-tiba membuat belokan tajam secara mengejut.

Myvi Salah Jalan, Buat ‘Potongan Tajam’ Hingga Nyaris Langgar Motosikal

Ambil Lajak Macam Bawa Lori, Netizen Simpati ‘Rider’ Nyaris Berlanggar Dengan Myvi

Anda Mungkin Suka