Pada tahun ini kita dapat saksikan peningkatan jumlah kenderaan yang keluar untuk pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha sehingga menyebabkan orang ramai tersangkut dalam kesesakan yang panjang.

Disebalik terpaksa beratur panjang, baru-baru ini beberapa pengguna jalan raya juga berkongsi rakaman video di mana perjalanan mereka terbantut seketika apabila ada seekor gajah berada di tengah-tengah jalan raya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam video pertama, penumpang Perodua Viva merakam detik-detik cemas apabila gajah terbabit berjalan ke arah mereka sambil memerhatikan mereka dari tepi bahu jalan. Apabila melihat haiwan itu seperti sedang ‘leka’, pemandu Viva segera memecut meninggalkannya. Semasa perakam memusingkan pandangan ke cermin belakang, kelihatan gajah itu ‘berlari-lari anak’ menuju ke arah kenderaan yang lain.

@aimankamal______

nasib baik dey lari#PUBGMobileMadGala #headdancechallenge #fyppppppppppppppppppppppp

♬ bunyi asal – Aimeykamal – ABE

Video kedua pula dikongsikan oleh pengguna jalan raya yang lain. Setelah gajah itu sampai ke arah barisan kenderaan lain, ia berdiri di hadapan Nissan Grand Livina buat seketika, lalu gajah itu berdiri di sebelah kiri kenderaan berkenaan. Sekali lagi apabila gajah itu seperti ‘terleka’, pemandu MPV itu segera membelok ke kanan jalan dan memecut selaju yang mungkin. Nasib baik haiwan besar itu tidak cuba mengekori kenderaan terbabit.

Detik paling membimbangkan dikongsikan dalam video ketiga apabila gajah itu segera berlari ke arah kenderaan yang merakam situasi di hadapan. Menurut pemilik asal video itu, haiwan itu telah pun mengangkat kaki dan meletakkan di bahagian hadapan keretanya.

Ketiga-tiga video berkenaan telah mendapat jutaan tontonan dan ternyata warganet pun turut menzahirkan perasaan cemas setelah melihat insiden terbabit. Mereka juga turut berkongsi pengalaman sendiri apabila melalui laluan yang sama.

Sumber Gambar: TikTok @ishaaa.mn_
Sumber Gambar: TikTok @ishaaa.mn_
Sumber Gambar: TikTok @aimankamal______
Sumber Gambar: TikTok @aimankamal______

Warganet berkongsi beberapa perihal haiwan tersebut dengan menyatakan gajah merupakan seekor haiwan yang sensitif dan mempunyai perasaan ‘ingin tahu’ yang sangat tinggi. Sekiranya pemandu membuat ‘sesuatu’ yang kurang menyenangkan, boleh menyebabkan gajah ‘naik minyak’ dan menyerang apa sahaja berdekatan dengannya.

Tambah orang ramai lagi, apabila pemandu ternampak gajah berada di tepi jalan, teruskan sahaja perjalanan tanpa perlu berhenti. Andaikata haiwan terbabit sudah pun berada di tengah-tengah jalan, segera berhenti bergerak dan tunggu ia meninggalkan jalan raya. Setelah keadaan sekeliling berasa selamat, barulah pemandu boleh meneruskan perjalanan.

Dalam rakaman video keempat pula, kelihatan gajah itu meninggalkan jalan raya dan terus masuk ke dalam kawasan hutan berhampiran selepas berkeliaran berdekatan Toyota Avanza berwarna biru di hadapan mereka.

@scandalcouture

Saya record sebab kot kot kena lenyek, boleh saya buat derma kilat 😭 #balikkampung #gerikperak #fyp hastag taknak kalah. Hati hati ya semua

♬ original sound – Scandal couture – Scandal Couture HQ

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sebelum ini netizen ada berkongsi apa perlu dibuat sekiranya berhadapan dengan gajah apabila melalui tempat habitatnya. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Cemas Dikejar Gajah Semasa Lalu Jalan Gerik-Jeli, Netizen Kongsi Pengalaman Cara Untuk Hadapinya

Perhilitan Jelaskan Kejadian Gajah Masuk Sekolah Bukan Kali Pertama Berlaku