Orang ramai sedia maklum jalan Gerik-Jeli merupakan laluan haiwan liar melintas, lebih-lebih lagi sekawanan gajah yang sering kali muncul pada waktu malam yang membuatkan pengguna jalan raya terpaksa berhenti memberikan laluan kepada haiwan itu.

Baru-baru ini seorang pengguna TikTok @cikyus2uttok berkongsi satu rakaman video pendek ada seekor gajah cuba menghampiri kereta-kereta yang sedang menunggu haiwan liar itu melintasi jalan tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Detik cemas itu menyebabkan dua buah MPV di hadapan kereta yang merakam video itu mengundurkan kenderaan masing-masing bagi mengelakkan haiwan mamalia itu berbuat ‘apa-apa yang buruk’ kepada mereka semua.

@cikyus21

Highway Gerik-Jeli ni kalau direzekikan nampak mmg akan keluarlah big guy yg sado ni😬. Tapi jarang. Bahaya woooo #gajahhutangerik #highwaygerikjeli

♬ Oh no, oh no, oh no, no no – Hip Hop

Perkongsian video itu telah mendapat hampir 2 juta tontonan dengan lebih 4,000 komen daripada pengguna TikTok yang lain. Menurut @cikyus2uttok, adik iparnya yang memandu pada waktu itu. Selepas dia mendapati terdapat ruangan untuk maju ke hadapan, dia memecut sepantas yang mungkin untuk mengelakkan bertembung dengan gajah itu.

Orang ramai yang berpengalaman dengan situasi seperti itu tidak lokek untuk berkongsikan cara-cara mereka berhadapan dengan haiwan mamalia darat terbesar terbabit.

Majoritinya menyarankan untuk semua kenderaan segera berhenti di tempat masing-masing dan tidak membunyikan hon atau membuka lampu (jika waktu malam) supaya gajah itu tidak tertarik perhatiannya.

Selepas haiwan itu selesai melintasi jalan raya dan situasi dirasakan selamat, barulah kenderaan boleh meneruskan perjalanan seperti biasa. Cara tersebut dipraktikkan agar pengguna jalan raya dapat mengelak pertembungan dengan haiwan terbabit.

Bagi sesiapa yang sering menggunakan jalan raya ini dan tidak pernah lagi terserempak dengan haiwan mamalia ini, anda boleh cuba menggunakan tips yang dikongsikan oleh orang ramai supaya kesemua pihak dapat menggunakan laluan tersebut dengan aman dan selamat.

Sumber Gambar: TikTok @cikyus2uttok
Sumber Gambar: TikTok @cikyus2uttok
Sumber Gambar: TikTok @cikyus2uttok
Sumber Gambar: TikTok @cikyus2uttok
Sumber Gambar: TikTok @cikyus2uttok

Baca lagi artikel-artikel yang The Vocket siarkan pada minggu ini dengan klik pautan di bawah.

Dimarah Hanya Kerana Utamakan Wanita Mengandung, Chef Ammar ‘Sekolahkan’ Pelanggan Biadab

Menjelang Aidilfitri, Harga Tiket Bas Ekspres Naik Sehingga 20%

Netizen Indonesia Kurang Senang Lihat Kanak-Kanak ‘Bermain’ Dekat Hypercar Bernilai RM14.44 Juta

Sumber