Sudah menjadi sebahagian daripada tugas anggota polis trafik dalam menjalankan Sekatan Jalan Raya (SJR) bagi menyemak sesebuah kenderaan mempunyai cukai jalan, dan lesen memandu yang masih aktif atau sebaliknya.
Dalam pada itu, tular baru-baru ini apabila seorang wanita di Sabah bertindak untuk memaki anggota polis trafik serta membuat provokasi. Ayat seperti “kau tanya aku siapa” dan “jaga mulut kau” antara yang disebutkan wanita ini.
Kamu tahu aku siapa? 100 wanita inspirasi Sabah tahun 2021. #TAHNIAH Anggota @PDRMsia @ @PDRMsia_Trafik tak layan kerenah.Tetap menjalankan tugas walau dimaki.
Mohon ambil tindakan pada ladies ini.
Video Via Fb Zaharin Mohd Yasin / WhatApps. pic.twitter.com/qscwCfeiKk
— Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) June 17, 2021
Menerusi video yang tular, difahamkan wanita berkenaan disaman berikutan cukai jalan dan insuran kenderaan beliau yang tamat tempoh.
Sementara itu, para netizen nampaknya kagum dengan sikap profesional yang ditunjukkan pegawai polis trafik berkenaan yang menjalankan tugas serta mengelakkan diri daripada melayan provokasi yang dibuat wanita tersebut. Berikut antara komen netizen mengenai isu ini.
berlagaknya haih https://t.co/bAEZ6mDxXT
— Iffah Hazim (@iffahhazim) June 17, 2021
Kalau aku entah lah hilangnya kesabaran aku yeee . https://t.co/Y9sxA6pWMh
— Abang Jazle 2.0 π²πΎπ€π΅πΈ (@thefvizvldrs) June 17, 2021
Akhir sekali. Bahagian akhir sekali. Jeritan 'biadap'. Siapa yang berkelakuan sedemikian? Mengelirukan π https://t.co/7EMuScits9
— hfzsh π²πΎ (@hafiz_seth) June 18, 2021
Dimaklumkan pegawai di lapangan telah memohon anggota yang bertugas di SJR tersebut untuk membuat laporan polis dan kes siasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan di mana perkataan atau isyarat yang dimaksudkan mengaibkan kehormatan seseorang
Tular pada bulan ini apabila rider Foodpanda muncul hero selepas berjaya membantu pihak polis menangkap pihak perompak.
‘Rider’ Foodpanda Sekali Lagi Muncul Hero, Kali Ini Bantu Polis Tangkap Perompak
Jiran Kena Dera Dengan Suami, Tindakan Gadis Ini Lapor Polis Terima Pujian Netizen