Sudah menjadi sebahagian daripada tugas anggota polis trafik dalam menjalankan Sekatan Jalan Raya (SJR) bagi menyemak sesebuah kenderaan mempunyai cukai jalan, dan lesen memandu yang masih aktif atau sebaliknya.

Dalam pada itu, tular baru-baru ini apabila seorang wanita di Sabah bertindak untuk memaki anggota polis trafik serta membuat provokasi. Ayat seperti “kau tanya aku siapa” dan “jaga mulut kau” antara yang disebutkan wanita ini.

https://twitter.com/jnmalaysia/status/1405495800692580353

Menerusi video yang tular, difahamkan wanita berkenaan disaman berikutan cukai jalan dan insuran kenderaan beliau yang tamat tempoh.

Sementara itu, para netizen nampaknya kagum dengan sikap profesional yang ditunjukkan pegawai polis trafik berkenaan yang menjalankan tugas serta mengelakkan diri daripada melayan provokasi yang dibuat wanita tersebut. Berikut antara komen netizen mengenai isu ini.

https://twitter.com/thefvizvldrs/status/1405542290970476556

Dimaklumkan pegawai di lapangan telah memohon anggota yang bertugas di SJR tersebut untuk membuat laporan polis dan kes siasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan di mana perkataan atau isyarat yang dimaksudkan mengaibkan kehormatan seseorang

Tular pada bulan ini apabila rider Foodpanda muncul hero selepas berjaya membantu pihak polis menangkap pihak perompak.

‘Rider’ foodpanda Sekali Lagi Muncul Hero, Kali Ini Bantu Polis Tangkap Perompak

Jiran Kena Dera Dengan Suami, Tindakan Gadis Ini Lapor Polis Terima Pujian Netizen