Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Sudah menjadi lumrah setiap pekerja pastinya mahu dihargai oleh majikan atau syarikatnya. Penghargaan juga dilihat sebagai salah satu cara buat majikan dan syarikat memotivasikan para pekerja untuk bekerja dengan lebih baik.

Dalam pada itu, sebuah syarikat pembangun game yang berpengkalan dari China iaitu MiHoYo memilih cara yang agak unik bagi menghargai para pekerja dengan menawarkan sejumlah besar hadiah yang pastinya diingini orang ramai seluruh dunia.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, syarikat ini telah memborong sejumlah besar bilangan Sony PlayStation 5, kad grafik Nvidia RTX 3070, Nintendo Switch Apple iPhone 12 Pro Max, Apple iPad dan semuanya bagi tujuan hadiah buat para pekerjanya.

Apa yang lebih unik daripada hadiah yang diberikan, syarikat ini berjaya mendapatkan sejumlah besar Sony PlayStation 5 yang kini sedang kekurangan stok berikutan permintaan yang tinggi.

EtQhqAzWgAAI5Qa
Sumber: Twitter @ZhugeEX
EtQhu1cXYAAWd0u
Sumber: Twitter @ZhugeEX
EtQhyMtXUAknn6L
Sumber: Twitter @ZhugeEX

Difahamkan dalam usaha untuk menawarkan hadiah yang adil yang buat para pekerja, sebuah sistem secara cabut undi telah dibuat buat para pekerja. Hadiah penghargaan yang diberikan buat para pekerja berikutan kecemerlangan syarikat pada tahun 2020 ini nyata lebih daripada apa yang diharapkan para pekerja.

Tular pada minggu lalu apabila seorang streamer dikecam hebat oleh netizen gara-gara menyentuh isu perkauman serta strim permainan slot sewaktu streaming.

Sentuh Isu Perkauman Dan Strim Permainan Slot, Streamer Ini Dikecam Hebat Netizen

136 Cubaan ‘Hack’ Sepanjang Dua Hari, TMJ Buktikan IG Baginda Kebal Daripada Godaman