Ketika cuaca panas, cendol pastinya pencuci mulut pilihan rakyat Malaysia berikutan rasanya yang manis dan menyegarkan. Malah, baru-baru ini cendol terpilih sebagai salah satu pencuci mulut terbaik dunia oleh CNN Travel.

Akan tetapi dalam senarai yang dibuat CNN Travel ini, cendol yang diiktiraf terbaik ini berasal dari Singapura. Menurut CNN Travel, cendol versi Singapura dipilih kerana cendol tersebut ditambah kacang merah di dalamnya, dimana kebiasaanya cendol hanya dihidang dengan santan, jeli hijau yang diwarna dengan pandan, pulut, ais dan gula melaka.

Buat pengetahuan anda, menerusi laporan iFood, tidak ada maklumat terperinci mengenai asal usul cendol, tetapi dipercayai bahawa perkataan “cendol” muncul untuk kali pertama dalam projek konkordans Melayu yang diterbitkan pada tahun 1932.

Ianya nyata menimbulkan perdebatan di media sosial di mana ramai yang tidak berpuas hati dengan ‘asal usul’ cendol yang ditulis oleh CNN ini. Ada juga warga Singapura sendiri yang tidak bersetuju cendol versi mereka adalah yang terbaik di dunia.

Bagi anda, benarkah cendol dari Singapura merupakan yang tersedap hanya dengan menambah kacang merah? Sedangkan cendol di negara kita juga dihidang dengan kacang merah. Nampaknya wakil CNN ini belum sampai ke Malaysia untuk cuba cendol yang sebenar.

THE VOCKET MASTHEAD
HYPE
Jom Makan Durian Secara Percuma Di ‘Pesta Musang King’ 13 Dan 20 Julai Ini
Baca lagi →