Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia India, Amar Abrol mengumumkan perletakan jawatannya setelah 2 tahun memegang jawatan tersebut dia India. Beliau akan kembali ke Malaysia dan ditempatkan di ibu pejabat AirAsia.

Amar Abrol menyatakan hasratnya untuk kembali ke Malaysia kerana ingin dekat dengan keluarga. AirAsia India mengeluarkan kenyataan terima kasih atas sumbangan beliau yang begitu memberansangkan sepanjang bersama AirAsia India. Sepanjang penglibatan beliau AirAsia India berkembang tiga kali ganda dari segi penerbangan, pekerja dan rangkaian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Setakat Mac tahun ini syarikat penerbangan tambang murah itu berjaya mengendalikan lebih 1.46 juta penumpang. AirAsia India berjaya bersaing dengan penerbangan tambang murah yang lain di India seperti IndiGo, SpiceJet dan GoAir.

Sumber