Pengasas produk Nike, Phil Knight baru-baru ini telak meletakkan jawatannya sebagai chairman di Nike, setelah memegang jawatan itu sejak penubuhan Nike lagi.

Nike merasakan CEO Apple, Tim Cook boleh melakukan sesuatu terhadap syarikat itu dan melantik Cook sebagai salah seorang independent director untuk syarikat itu. Cook sudah terlibat dengan pengurusan Nike sejak 2005 lagi, jadi beliau tidak akan mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri di Nike.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tugas Cook dalam Nike nanti adalah untuk menjadi penasihat dan membantu CEO Nike, Mark Parker di mana beliau akan mengambil alih jawatan Knight dan menggalas tugas sebagai president, CEO dan chairman untuk syarikat itu.

Saya dapat merasakan akan terhasil lebih banyak kolaborasi antara Nike dan Apple di masa akan datang. Sebelum ini Nike ada ‘Nike+’, aplikasi running untuk pengguna produk Apple. Mungkin akan terhasil sesuatu yang lebih hebat hasil kerjasama dua syarikat gergasi ini? Kita tunggu dan lihat.

Nike APple

Sumber