Umum tahu sejak akhir-akhir ini, beberapa syarikat besar sedaya upaya mencuba untuk menjadi yang terbaik dalam menawarkan servis penstriman video bagi mencabar Netflix.

Antara syarikat-syarikat yang terlibat terdiri daripada HBO, Disney, Apple dan Amazon. Perkara ini menjadi konflik buat Bob Iger selaku CEO Disney dimana beliau merupakan salah seorang ahli lembaga pengarah Apple.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Steve Jobs bersama Bob Iger. Sumber: Fortune

Memperlihatkan dua jenama ini bakal bersaing dalam servis penstriman, beliau pada hari ini mengumumkan untuk mengundurkan diri daripada senarai ahli lembaga pengarah Apple.

Untuk pengetahuan, Bob Iger merupakan ahli lembaga selama 8 tahun sejak 2011 dimana beliau meruapakan individu penting dalam menghubungkan Apple bersama Disney Pixar. Berikutan pengunduran beliau daripada Apple, agak menarik untuk menyaksikan bagaimana AppleTV+ dan Disney+ bakal bersaing.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai individu penting syarikat Apple? Artikel dibawah mungkin menarik minat anda.

Kenali Steve Wozniak, Pengasas Bersama Serta Pencipta Terawal Produk Apple

Bagaimana Steve Wozniak Gunakan ‘Motivasi Palsu’ Untuk Siapkan Apple II Lebih Cepat

Ini Apa Yang Dilakukan Steve Jobs Saat Menerima Kecaman Orang Ramai

Sumber