Kita kadang-kadang mendengar tentang pekerja syarikat penerbangan yang dipecat atau ditangkap kerana penyeludup barang, tetapi dalam kes ini, ia merupakan pegawai tinggi atau CEO sebuah syarikat penerbangan.

Menteri Perusahaan Milik Republik Indonesia, Erick Thohir mengumumkan bahawa CEO Garuda Indonesia telah dipecat. Sebabnya? Dia menyeludup beberapa barang pada penerbangan A330-990neo bulan lalu.

our_business_resize
HYPE
TNB Fokus Bantu 7.6 Juta Pelanggan Dengan Bantuan Prihatin Elektrik
Baca lagi →

Pihak Garuda Indonesia teruja untuk menerima penyerahan kapal terbang jenis A330-900neo pertama mereka, oleh itu adalah normal, para pegawai eksekutif terbang ke Toulouse dan dengan secara rasmi menerima pesawat untuk dibawa pulang.

Tetapi apa yang pasti, di dalam kes ini. Pegawai terbabit bukan sahaja membawa pesawat itu pulang. Tetapi Ketua Pegawai Eksekutif Garuda Indonesia, Ari Askhara juga membawa pulang motosikal Harley Davidson dan dua basikal lipat Brompton.

Kehadiran motorsikal berkuasa tinggi itu disedari oleh pegawai kastam, tetapi mereka membongkarkan aktiviti tersebut awal minggu lalu selepas penyiasatan terperinci dijalankan.

2019_12_05_83231_1575537877._large

Mereka membuat kesimpulan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif telah mengarahkan kakitangan syarikat penerbangan mencari motosikal klasik untuknya pada 2018.

Kemudian transaksi tersebut dilaksanakan pada bulan April 2019, melalui pemindahan bank ke akaun pengurus kewangan Garuda Indonesia di Amsterdam.

Masalah terjadi apabila beliau gagal untuk mengisytiharkan harta-harta ini bagi mengelak cukai import ke atas produk yang dibeli olehnya.

Menteri Perusahaan Republik Indonesia dalam satu kenyataannya berkata, “Ia tidak akan berakhir di sana. Kami juga akan melihat lagi jika ada orang lain yang terlibat dalam kes ini. Kami akan memprosesnya dengan teliti memandangkan kes itu menyebabkan kerugian negeri.”

Askhara telah berada di Garuda Indonesia sejak September 2018, selepas Ketua Pegawai Eksekutif sebelum ini dipecat.

Ini bukanlah kali pertama CEO dipecat daripada jawatannya. Terdahulu, CEO McDonalds dipecat kerana menjalinkan hubungan ‘intim’ dengan salah seorang pekerja. Klik pautan di bawah untuk membaca.

CEO McDonald’s Dipecat Selepas Jalin Hubungan ‘Intim’ Dengan Pekerja

Bekas CEO Uber, Travis Kalanick Sertai Syarikat Startup Baharu

Ini Sebabnya Tesla Pecat Ratusan Pekerjanya Dalam Satu Minggu

Anda Mungkin Suka