Sebut mengenai Gojek, pasti ramai yang ingat mengenai CEO syarikat ini iaitu Nadiem Makarim. Berjaya membangunkan sebuah startup di Indonesia sehingga menaikkan ekonomi Indonesia serta menerima pelaburan daripada Tencent dan Google antara yang membuatkan nama beliau disanjung tinggi.

Terbaharu, Nadiem Makarim di usia 35 tahun telah memilih untuk melepaskan jawatan beliau sebagai CEO Gojek serta memilih untuk menyertai parti politik di bawah Presiden Indonesia, Joko Widodo.

BeFunky-collage-42
HYPE
Pengalaman Berharga, McDonald’s Tawar Peluang Untuk Anda ‘Spend Time’ Bersama Finalis AJL 35
Baca lagi →
https___cdn.cnn.com_cnnnext_dam_assets_191021035127-nadiem-makarim-fiel

Sumber: CNN

Peralihan karier daripada dunia korporat kepada dunia politik ini dibuat berdasarkan hasrat Presiden Indonesia, Joko Widodo yang mahukan lebih banyak golongan profesional menyertai politik bagi sama-sama membangunkan Indonesia. Difahamkan portfolio yang bakal dipegang Nadiem Makarim adalah melibatkan ekonomi digital dan kreatif.

Posisi Nadiem Makarim sebagai CEO Gojek telah digantikan oleh Andre Soelistyo yang sebelum ini memegang presiden kumpulan Gojek. Melihat kepada keputusan yang dibuat Nadiem Makarim, agak menarik untuk menyaksikan bagaimana kehadiran beliau bakal merancakkan lagi ekonomi digital Indonesia.

Untuk pengetahuan anda, Malaysia juga baru-baru ini pernah melantik tiga usahawan ‘startup’ terkemuka bagi menyertai Ahli Majlis Tindakan Ekonomi Negara. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

3 Usahawan ‘Startup’ Terkemuka Malaysia Dilantik Sertai Ahli Majlis Tindakan Ekonomi Negara

Lelaki Ini Kongsikan Kesan Startup Tempatan Terhadap Kemasukan Go-Jek Ke Malaysia

Go-Jek Indonesia Sanggup Terbang Ke New York Untuk Hantar Makanan YouTuber Ini

Anda Mungkin Suka