Mula diberi fokus ketika Huawei disekat Amerika Syarikat serta syarikat Google, HongMeng OS nampaknya berjaya mengejutkan ramai apabila CEO Huawei mengesahkan sistem operasi keluaran mereka lebih pantas berbanding Android, iOS dan macOS.

Berdasarkan perkongsian CEO Huawei, Ren Zhengfei, Hongmeng OS cuma mempunyai refresh rate kurang dari 5 milisaat sekaligus mengesahkan kepantasan sistem operasi ini berbanding pesaing.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
CEO-Huawei-Ren-Zhengfei
CEO Huawei, Ren Zhengfei

Ren Zhengfei turut berkongsi dimana Hongmeng OS dibina untuk bukan sekadar sebagai sistem operasi, sebaliknya meliputi pelbagai peranti lain seperti router, peranti pintar di rumah dan kenderaan swapandu.

Setakat ini masih belum diketahui sama ada telefon pintar keluaran terbaru Huawei pada masa akan datang akan ditawarkan dengan sistem operasi Android dan Hongmeng OS.

Sumber