Sudah banyak tokoh yang membidas tentang kriptowang dijadikan sebagai pelaburan. Kini giliran bilionair yang juga bergelar CEO JP Morgan memberi pandangan beliau terhadap kriptowang.

Menerusi satu temuramah di rancangan CNBC, Jamie Dimon selaku CEO JP Morgan telah berkongsi pendapat berkenaan aset digital dengan mengatakan Bitcoin dan keseluruhan pasaran kripto adalah satu penipuan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Tambahnya lagi, beliau tidak terkejut apabila syarikat perdagangan kriptowang terbesar di dunia, FTX menghadapi bankrap susulan mereka adalah skim ponzi desentralisasi. Tidak dinafikan kriptowang berjaya menjadi fenomena hangat di seluruh dunia sekaligus membuatkan orang ramai terburu-buru untuk melabur menerusinya.

Dalam pada itu, kebanyakkan pelabur berpendapatan rendah atau warga emas merupakan antara individu yang terkesan apabila kehilangan berbilion-bilion aset digital berikutan krisis FTX mahupun pasaran kripto secara berterusan mengalami ‘pendarahan’.

Ini bukanlah pertama kali bagi beliau melontarkan kenyataan negatif terhadap kriptowang dan Bitcoin kerana sebelum ini pernah menggelar ia sebagai tidak bernilai menerusi temu ramah di CNN pada tahun 2021 lalu.

Namun, Dimon yakin dan memuji manfaat yang diperolehnya menerusi teknologi blockchain dan ledger. Beliau percaya pemindahan wang pada masa hadapan akan lebih canggih untuk memberikan kemudahan lebih efisien kepada pelanggan. Setakat ini, kriptowang masih dipandang serong kerana nilainya dilihat mudah dimanipulasi.