Selepas mengesahkan jalan cerita untuk siri Marvel di Disney+ akan memberi kesan kepada filem Marvel Cinematic Universe (MCU), CEO Marvel, Kevin Feige mengesahkan 3 watak baharu akan menyertai MCU dan di filem mana watak-watak ini akan muncul ‘telah dirancang’ lebih awal.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seperti pengumuman sebelum ini, 3 watak berkenaan adalah Moon Knight, She-Hulk dan Ms. Marvel. “3 watak baharu ini; She-Hulk, Ms. Marvel dan Moon Knight akan dilihat buat kali pertama dalam Disney+ dan kemudiannya muncul dalam filem pula,” Kata Feige.

Untuk ketiga-tiga siri ini, ia akan diberi pengalaman cinematic persis produksi besar Marvel sebelum ini. Jadinya, Disney tidak akan hasilkan siri yang caca marba dan pasti akan memuaskan semua peminat setia Marvel yang melanggan Disney+.

Siri Marvel lain seperti Loki dan WandaVision juga tidak terlepas daripada mempunyai cinematic menarik untuk drama mereka. Disney+ sudah pun boleh dilanggan oleh penduduk di Amerika Utara dan seluruh dunia seawal Mac tahun hadapan. Bijak sungguh cara Disney buat duit dengan menyajikan hanya yang terbaik di Disney+ untuk pelanggannya.

Marvel juga turut memperkenalkan adiwira baharu yang berasal dari Malaysia, Sun Bird yang akan muncul dalam Marvel Future Fight. Anda boleh baca lebih lanjut tentang Sun Bird pada artikel di bawah.

Adiwira Pertama Dari Malaysia, ‘Sun Bird’ Diumumkan Untuk MARVEL Future Fight

‘Blade’ Kejutan Utama Marvel Studios Di San Diego Comic-Con