McDonald’s telah memecat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Steve Easterbrook selepas beliau dilaporkan telah melanggar polisi syarikat yang tidak membenarkan mana-mana pengurus terlibat dalam hubungan ‘intim’ dengan pekerja.

Dalam satu laporan New York Times, Ahli Lembaga Pengarah McDonald’s menyatakan bahawa Easterbrook telah menunjukkan ‘kelemahan dalam membuat keputusan’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selepas di pecat, Easterbrook dilaporkan telah menulis email kepada pekerjanya dan mengakui kesilapannya yang melanggar polisi syarikat.

Dalam kenyataan yang dibuat beliau, Easterbrook di lihat akur dengan keputusan Ahli Lembaga Pengarah dan bersedia untuk meninggalkan posisinya.

TIME melaporkan bahawa pertemuan di antara Ahli Lembaga Pengarah telah berlaku pada Jumaat lalu dan mereka sebulat suara mengundi untuk mengenepikan Easterbrook.

20598330-0-image-a-18_1572904674690
Daily Mail

Pakar menyatakan bahawa syarikat itu tidak mempunyai pilihan tetapi untuk menguatkuasakan polisi tersebut. Terutama sejak bermulanya kempen #MeToo – satu kempen untuk menangani masalah gangguan seksual. McDonald’s telah mengalami tekanan untuk menunjukkan bahawa mereka konsisten bagi menangani semua bentuk salah laku seksual dan langkah ini juga menunjukkan  bahawa tiada siapa yang dikecualikan.

Easterbrook, 52 tahun adalah individu yang bertanggungjawab menaikkan keuntungan syarikat sejak menduduki posisi tersebut pada Mac 2015.

Dalam tiga bulan pertama, beliau merombak segmen pasaran dengan mementingkan kehendak pelanggan dan bukannya kawasan geografi. Easterbrook telah mewujudkan empat pasaran untuk diberi perhatian – pasaran Amerika Syarikat, pasaran utama, pasaran pertumbuhan tinggi dan pasaran asas.

Beliau berjaya meningkatkan margin keuntungan syarikat kepada lebih 12% dalam sembilan bulan pertama dan telah mencatat keuntungan dua kali ganda di bawah kepimpinannya.

Easterbrook, yang bercerai dan mempunyai tiga orang anak perempuan akan digantikan oleh Chris Kempczinski yang sebelum ini berkhidmat sebagai Presiden McDonald’s USA.

Berikut adalah artikel kami yang lain mengenai CEO. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Bekas CEO 1MDB Tidak Tahu Jho Low Terima Wang RM2.93 Bilion Sehingga Tahun Lalu

Donald Trump Mahu CEO Apple Kembalikan ‘Home Button’ Pada iPhone

CEO Gojek, Nadiem Makarim Umum Letak Jawatan Untuk Menyertai Kabinet Indonesia