Seperti yang mungkin ramai daripada anda sedia maklum melalui pengumuman pihak kerajaan bersempena dengan Perbentangan Bajet 2019 yang baru sahaja diumumkan, industri E-Sukan pada tahun ini telah diberi peruntukan sebanyak RM10 juta.

Peruntukan yang diterima ini bakal membuka peluang buat generasi muda untuk meningkatkan fasiliti, menambah jumlah pemain E-Sukan serta pertambahan jurutera perisan khususnya dalam bidang game.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berakhirnya perbentangan, Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq telah memuat sebuah tweet bagi menjemput mana-mana syarikat yang sudi untuk melabur di dalam industri E-Sukan negara.

Seruan Menteri Belia dan Sukan nampaknya berjaya disambut baik oleh CEO Razer sendiri iaitu Min-Liang Tan yang sudi untuk menaja pasukan E-Sukan Malaysia serta mengadakan lebih banyak pertandingan buat orang ramai menjelang tahun hadapan. Sama-sama kita nantikan pada tahun hadapan bagaimana suntikan dana daripada Razer bakal membantu industri E-Sukan negara.

Sumber