Sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah negara barat termasuk individu berpengaruh melabel umat Islam sebagai pengganas. Spekulasi ini juga kerap dimainkan oleh beberapa media dalam memperlihatkan keganasan pengganas yang dikaitkan dengan umat Islam.

Terbaharu, CEO Ryanair, Michael O’Leary telah menimbulkan kontroversi dengan menyarankan pihak lapangan terbang untuk membuat pemeriksaan yang lebih lanjut buat lelaki Muslim kerana dikhuatiri membawa barangan merbahaya melibatkan bom.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
0_Ryanair-Chief-Executive-Michael-OLeary-attends-a-Reuters-Newsmaker-event-in-London
Sumber: Mirror

Menurut beliau, pengganas sering kali hadir secara perseorangan dan merupakan lelaki Muslim. Individu yang hadir bersama keluarga pula kemungkinan besar tidak muncul sebagai pengganas bagi menjaga keselamatan keluarganya.

Sifat perkauman dan islamofobia jelas ditunjukkan dengan secara terang-terangan dengan melabel lelaki Muslaim sebagai pengganas. Selain itu, beliau juga turut melabel rakyat Ireland sekitar 30 tahun yang lalu sebagai pengganas.

Untuk pengetahuan, ini bukanlah kali pertama CEO Ryanair ini hadir dengan kenyataan yang kontroversi. Sebelum ini beliau pernah mencadangkan untuk mengenakan cukai tambahan buat penumpang yang mengalami masalah obesiti.

Sebelum ini seorang ahli parlimen anti-Islam di Belanda telah mencetur provokasi dengan mencetus pertandingan melukis Nabi Muhammad.

Ahli Parlimen Anti-Islam Belanda Cetus Provokasi, Anjurkan Pertandingan Melukis Nabi Muhammad

Kemenangan Buat Muslim Rohingya, Mahkamah Antarabangsa Perintah Myanmar Hentikan Genosid

Sumber