Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Masalah yang dialami oleh syarikat Serba Dinamik Holdings Berhad (SDHB) dengan pengawal selia pasaran didakwa berpunca daripada ‘tangan ghaib’ yang cuba untuk menjatuhkan dan mengeluarkannya daripada kancah korporat, lapor Ketua Eksekutif Serba Dinamik Holdings Bhd Datuk Abdul Karim Abdullah dalam satu temubual dengan The Malaysian Insight.

“Kami percaya ada tangan tersembunyi yang mencetuskan seluruh kontroversi ini. Kami adalah usahawan yang percaya pada teknologi sebagai alat untuk membimbing, menyokong dan membantu dengan penyelesaian kejuruteraan holistik global kami.

“Kami percaya dalam mengambil bahagian dalam agenda pembinaan negara dan menyokong serta melaksanakan program pembangunan vendor kerajaan. Selama ini, ada pihak yang iri hati dengan kejayaan kami dan melakukan langkah yang berniat untuk mencipta isu yang kucar-kacir.

HYPE
Ini ‘Rahsia’ Pengasas Tudung Dari Kelantan Raih Keuntungan RM10,000 Dalam 2 Minggu
Baca lagi →

“Kami tidak mempunyai sebarang ‘godfather’ atau ‘hubungan politik yang kuat’ untuk melindungi kami,” katanya, sambil enggan mendedahkan identiti pelaku yang didakwa kerana siasatan masih dijalankan.

Isu ini timbil selepas empat pegawai kanan termasuk Abdul Karim dari SDHB sebelum ini dibebaskan daripada tuduhan mengemukakan kenyataan palsu kepada Bursa Malaysia tahun lalu selepas penyelesaian penuh denda RM16 juta syarikat yang dikenakan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan berkata prosiding jenayah terhadap syarikat itu tidak sepatutnya diteruskan. Peguam Negara (AG) Tan Sri Idrus Harun dipetik berkata impak pertuduhan adalah tidak seimbang dengan keparahan kesalahan yang didakwa dilakukan.

Serangan ini telah membawa kesan besar kepada syarikat, Abdul Karim menyatakan kesan ini telah mengakibatkan kejatuhan saham syarikat dan petisyen penggulungan daripada pemiutang.

“Semua dakwaan yang dilemparkan terhadap saya dan Serba Dinamik mempunyai matlamat akhir untuk mengeluarkan saya daripada pentas korporat dan menggambarkan imej ultra-negatif saya.

“Semua dakwaan adalah tidak benar dan seperti yang dinyatakan sebelum ini, disebabkan sub judice, saya mendiamkan diri. Sekarang, ia sudah berakhir,” katanya.

Abdul Karim juga berkata perkara itu boleh dikendalikan dengan lebih baik oleh pelbagai pihak yang terlibat dan bukannya mengheret syarikat minyak dan gas itu ke mahkamah, sambil mengalihkan kesalahan kepada juruaudit syarikat ketika itu KPMG di mana masalah itu didakwa bermula dengan cara juruaudit mengendalikan isu tersebut.

Beliau juga melahirkan kekecewaan terhadap pelbagai artikel berita yang diterbitkan mengenai dakwaan yang menyelubungi syarikat itu tanpa fakta yang betul digambarkan, yang menurutnya adalah di luar kawalannya apabila kes itu di bawa ke mahkamah.

Sebelum ini, Serba Dinamik dan empat eksekutif tertingginya didakwa mengemukakan kenyataan palsu kepada Bursa Malaysia Securities Berhad berhubung angka hasil RM6.014 bilion yang terkandung dalam Laporan Suku Tahunan bagi Suku Tahun dan Tahun berakhir 31 Disember 2020.

AGC sebelum ini menarik balik pertuduhan jenayah terhadap Serba Dinamik dan empat eksekutifnya, berikutan representasi undang-undang yang dibuat oleh syarikat itu, dan seterusnya mengarahkan SC untuk mengkompaun kesalahan tersebut.

Serba Dinamik dan empat eksekutif itu telah dikenakan denda kompaun RM3 juta setiap seorang pada 13 April.

Menurut SC, ini adalah jumlah maksimum kompaun yang dibenarkan di bawah Seksyen 369(a)(B) CMSA untuk penyerahan maklumat palsu dalam penyata kewangan syarikat.

Hafiz turut diberi kompaun tambahan RM1 juta kerana memalsukan rekod perakaunan anak syarikat syarikat itu, satu kesalahan di bawah seksyen 368(1)(b)(i) CMSA.

11 perkara mengenai CEO Google yang baharu. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

11 Perkara Tentang CEO Google Yang Baru Menggantikan Pengasas Google

Baru Sahaja Dilantik Sebagai CEO, Jalil Rasheed ‘Borong’ 70,000,000 Saham Berjaya Bernilai RM20.3 Juta

CEO Menyamar Sebagai Pekerja Baru. Hasil Penyamarannya Meruntun Jiwa Kita