Stewart Butterfield ialah CEO Slack, sebuah aplikasi bisnes yang meningkat naik dengan cepat. Sebelum ini dia telah menjual startup Flickr kepada Yahoo dengan nilaian lebih USD20juta.

Dia belajar satu perkara penting selepas Yahoo mengambil alih Flickr iaitu kurang persekitaran kerjasama di mana dia susah mendapat sokongan dan sumber dari Yahoo. Kesannya potensi Flickr kurang dapat diperkembangkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Maka, dari pengalaman tersebut dia menerangkan tentang budaya kerja yang dia kagumi melalui analogi restoran:

“Saya sangat mengagumi restoran yang baik. Saya tidak semestinya memaksudkannya yang mahal. Saya maksudkan restoran yang dikendalikan dengan aliran yang lancar. Saya sedar perkara-perkara seperti pelayan memerhatikan setiap meja pelanggan. If someone needs the check, they’ll tell each other. Saya fikir semua orang suka bekerja di dalam persekitaran seperti itu.”

Disebabkan itu, Butterfield mengambil pekerja-pekerja Slack yang mempunyai rasa empati kepada orang lain. Ini akan membentuk budaya kerja yang suka bekerjasama dengan lebih mudah. Dengan berkongsi dan memahami perasaan orang lain, mereka akan saling beri maklum balas dan membantu orang lain untuk menjadi lebih baik.

“Semua orang patut cuba memudahkan kehidupan orang lain yang bekerja disini.” kata Butterfield.

Sumber: Business Insider

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram