Jika sebelum ini orang ramai seakan teruja dengan berita dimana konsol generasi terbaru Sony iaitu PlayStation 5 yang bakal ditawarkan dengan harga mampu milik, kenyataan daripada CEO Sony beberapa hari lalu nampaknya menyatakan sebaliknya.

Menerusi kenyataan yang dibuat Jim Ryan selaku CEO Sony, beliau yakin isu pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika ini tidak akan memberi masalah kepada penjualan Sony PlayStation 5 yang bakal dilancarkan pada akhir tahun ini.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →
72861_14_ps5-xbox-series-and-next-gen-exclusives-what-you-need-to-know_full

DualSense. Sumber: tweaktown

Tambahnya lagi, mengetahui PlayStation mempunyai peminat yang ramai, Sony PS5 yang hadir dengan spesifikasi yang baharu dan canggih ini dijangka tidak akan dijual dengan harga yang murah dan mampu milik.

Mengulas dari segi harga, Sony PS5 sebelum ini dikatakan bakal ditawarkan dengan harga sekitar $499 (RM2,141.46). Nampaknya Sony PS5 bakal ditawarkan dengan harga yang lebih tinggi berbanding harga pelancaran PS4 pada 2013 iaitu RM1,799.

Dalam pada itu, Sony yang sebelum ini menjadualkan pengumuman lanjut mengenai PlayStation 5 telah menangguhkan atur cara mereka dalam memberi laluan kepada perkara yang lebih serius khususnya protes yang berlaku di Amerika Syarikat.

Acara yang diumumkan ini dijangka bakal memperlihatkan rekaan Sony PlayStation 5 serta seleksi game eksklusif yang tersedia buat konsol generasi terbaru ini. Melihat kepada kos penghasilan yang tinggi, berkemungkinan besar model ini bakal dijual dengan harga yang lebih tinggi khususnya buat pasaran di luar Amerika Syarikat termasuk Malaysia.

Sony sebelum ini mengesahkan PS5 dijangka 100 kali lebih pantas berbanding PS4. Mungkin ini salah satu sebab konsol ini bakal ditawarkan dengan harga yang tinggi.

Sony Sahkan PS5 100 Kali Lebih Pantas Berbanding PS4

Sony Berdepan Masalah Untuk Jual PS5 Pada Harga Yang Mampu Milik

 

Anda Mungkin Suka