Berikutan penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia, tidak dapat dinafikan bahawa banyak pihak yang terjejas dari segi pendapatan terutama sekali apabila Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Selain doktor, jururawat, polis dan tentera, rider penghantar makanan turut berjasa kepada kita terutama sekali apabila Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan di Malaysia. Kiranya tidak menang tangan rider menghantar pesanan makanan anda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan, CEO AirAsia X Benyamin Ismail telah cuba untuk menjadi penghantar makanan untuk restoran Santan. Perkara tersebut telah dikongsikan di laman Instagram restoran Santan.

Menurut Benyamin, beliau secara sukarela menjadi penghantar makanan untuk membantu restoran Santan kerana ingin menjadi contoh kepada keluarga Allstars seperti juruterbang, pramugari, pramugara dan sebagainya yang terjejas pendapatan untuk meraih pendapatan menjadi penghantar makanan untuk restoran Santan.

https://www.instagram.com/p/B-hKNiIprni/

Tambahnya lagi, inisiatif yang ditawarkan restoran Santan sedikit sebanyak akan membantu ramai orang. Malah, beliau berharap dengan tindakan yang dilakukan olehnya akan memberi inspirasi kepada ramai orang untuk ikuti.

Bercakap tentang pengalaman pertama beliau membuat penghantaran makanan ketika dihubungi, beliau mengatakan bahawa beliau berasa seronok kerana dapat melihat senyuman pelanggan dan akan membuat penghantaran lagi.

https://www.instagram.com/p/B-diqQ8JPv-/

Baginya, menjadi satu cabaran terbesar untuk memastikan pesanan makanan sampai pada waktunya. Malah, beliau berasa kagum dan respect pada semua rider di luar sana yang bekerja kuat untuk memastikan anda dapat nikmati makanan anda tepat pada waktunya.

Pasti anda yang sering menggunakan penerbangan AirAsia sudah termimpi-mimpi dan teringin untuk nikmati hidangan dalam penerbangan AirAsia. Tidak perlu risau, restoran Santan kini tawarkan khidmat penghantaran makanan ke sekitar Lembah Klang.

Lebih menarik, anda boleh dapatkan diskaun sebanyak 15% untuk hidangan pilihan anda dengan mengunakan promo kod STAYHOME15 dan mana tahu jika anda membuat tempahan hari ini, juruterbang atau pramugari dan pramugara pula yang hantar pesanan anda. Anda boleh membuat tempahan makanan di sini.

Nak lebih mudah buat pembayaran dan selamat, anda boleh buat pembayaran dengan menggunakan kad BigPay. Tidak ada kad BigPay?Anda boleh mendaftar dan menggunakan refferal code ini 1GZSREAKLO untuk mendapatkan kredit sebanyak RM10.

Apa tunggu lagi? Sementara itu, anda tidak tahu ingin pesan apa bolehlah klik pada pautan di bawah untuk menu pilihan di restoran Santan.

AirAsia Jual Nasi Lemak Pak Nasser Hanya RM5 Sempena Pembukaan Santan

AirAsia Tawar Bantu Peniaga Tempatan Sediakan Platform Dalam Talian Secara Percuma

Kesan COVID-19, Juruterbang Tukar Kerjaya Jadi ‘Runner’ Untuk Teruskan Hidup