Sepanjang pandemik yang melanda dunia, orang ramai telah menggunakan sepenuh masa mereka di media sosial dengan membaca, memuat naik aktiviti atau mempamerkan kebolehan mereka.

Manakala sebahagian anak muda pula telah beralih ke aplikasi video pendek yang terkenal iaitu TikTok. Aplikasi ini dianggap menyeronokkan buat anda yang mahu bergerak, memasak, berfikir, menari dan ketawa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sejak itu, TikTok telah menjadi tumpuan seluruh dunia sehingga ia dianggap sebagai satu ancaman oleh Donald Trump sewaktu zaman pemerintahan beliau dahulu.

Dan orang yang bertanggungjawab melakukan semua ini adalah Zhang Yiming, Pengasas dan CEO TikTok yang kini merupakan orang ke-30 terkaya di dunia dengan nilai bersih kekayaannya sebanyak $ 44 bilion – di mana ia dianggap $ 28 bilion lebih tinggi daripada bulan Mac 2019.

Apa yang menariknya adalah Zhang baru sahaja mengumumkan peletakan jawatannya selaku CEO ByteDance, syarikat induk TikTok. Difahamkan peletakan jawatan ini berlaku disebabkan dia mahu menghabiskan banyak masa untuk dirinya sendiri dengan membaca buku dan termenung.

Antara isi surat yang dihantar kepada pekerjanya adalah: “Sebenarnya, saya kekurangan beberapa kemahiran untuk menjadi pengurus yang ideal. Begitu juga, saya tidak terlalu sosial, lebih suka aktiviti bersendirian seperti dalam talian, membaca, mendengar muzik, dan termenung tentang apa yang mungkin.”

Yiming akan mengundurkan diri pada akhir tahun ini untuk memberi tumpuan kepada hidupnya dan strategi jangka panjang. Liang Rubo, pengasas bersama dan ketua sumber manusia ByteDance akan menjawat jawatan sebagai CEO yang baru.

Semasa memegang jawatan CEO, Yiming telah menghadapi banyak dugaan dan tekanan yang bukan sahaja datang dari kerajaan China, tetapi daripada negara luar yang mempunyai undang-undang penapisan kandungan yang ketat.

Antara tekanan yang pernah dihadapi oleh Yiming adalah apabila Donald Trump pernah mengugut untuk menutup TikTok dan seluruh perkhidmatannya di Amerika Syarikat. Di India pula TikTok telah dilarang dengan alasan keselamatan negara.

Yiming juga sedar bahawa dia bukanlah orang yang tepat untuk mengetuai syarikat terbabit. Dalam suratnya kepada pekerja TikTok, Yiming menjelaskan bahawa dia mahu TikTok terus berkembang dengan kepimpinan yang baru dan idea yang lebih segar.

Berjaya miliki RM247.56 bilion, pengasas TikTok kini tersenarai antara individu terkaya dunia. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Berjaya Miliki RM247.56 Bilion, Pengasas TikTok Kini Tersenarai Antara Individu Terkaya Dunia

Donald Trump Beri Masa 45 Hari Kepada Pemilik China Untuk Jual Aplikasi TikTok

Kenali Bella Poarch, Wanita Paling Terkenal Di TikTok Yang Dituduh Pengikut Illuminati