‘Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya’. Itulah perumpamaan paling sesuai menggambarkan situasi CEO Travis Kalanick dimana video rakaman beliau bertekak bersama pemandu Uber mula ‘viral‘ setelah diajukan soalan mengenai harga tambah UberBLACK yang dikatakan tidak munasabah.

Pemandu yang dikenali sebagai Fawzi Kamel turut mengatakan beliau terpaksa menanggung rugi disebabkan tindakan yang dilakukan Uber. Segalanya berubah apabila Travis Kalanick mula emosi dan menunjukkan sisi gelapnya yang ramai tidak tahu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Anda boleh skip ke minit 3.45 untuk menyaksikan drama yang berlaku diantara dua individu ini.

Dalam pada itu, Travis Kalanick melalui email terbaru kepada para pemandu telah memohon maaf secara terbuka kepada Fawzi dan orang ramai yang selama ini menyokong Uber. Beliau turut mengakui beliau tidak seharusnya cepat melatah apabila diajukan soalan sekaligus menjatuhkan reputasi beliau sebagai CEO.

Situasi ini mungkin dilihat kecil bagi sesetengah pihak namun tidak bagi Rakyat Amerika. Kempen #DeleteUber yang pertama kali dijalankan sewaktu Donald Trump melantik Travis Kalanick sebagai penasihat, kali ini diteruskan selepas insiden pergaduhan ini berlaku.

Kini Rakyat Amerika lebih memihak untuk menggunakan servis Lyft yang turut menawarkan servis yang hampir sama seperti Uber.

Sumber