Hari ini kolaborasi adidas dengan UNDEFEATED telah didedahkan oleh CEO UNDFTD, Eric Peng Cheng di laman Instagramnya. Merujuk daripada gambar yang dikongsi oleh beliau, ia dari model UltraBOOST yang bewarna putih dan dipadankan dengan logo tulisan UNDEFEATED warna hitam pada kasut ini.

Rekaan ini sama sahaja seperti model UltraBOOST x UNDEFEATED sebelum ini cuma warnanya sahaja yang berbeza.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Buat masa sekarang belum ada tarikh dan harga kasut kolabrasi ini. Kasut ini dijangka dikeluarkan agak terhad mungkin harga sedikit melambung.