Jenama Under Armour mungkin agak kurang dikenali di Malaysia tetapi syarikat gergasi ini kian berkembang di seluruh dunia. Syarikat yang beribu pejabat di Baltimore, Amerika Syarikat ini membuat jualan tahunan sebanyak USD3.9 bilion tahun lepas. Syarikat ini mensasarkan jualan tahunan USD4.95 bilion untuk tahun 2016. Ianya satu angka yang memberangsangkan dari Under Armour. Tahukah anda CEO Under Armour dahulu pernah tidak mampu untuk membayar tol beharga 2 dollar yang diperlukannya untuk pulang ke rumah?

CEO Under Armour, Kevin Plank berusia 23 tahun ketika mengasaskan jenama Under Armour pada tahun 1996 di basement bawah tanah rumah neneknya di Washington D.C. Dalam program temubual bersama Daymond John(pengasas jenama FUBU), Kevin menceritakan berkenaan sejarah jenama itu semasa awal penubuhannya dahulu. Beliau memulakan Under Armour dengan bajet USD16,000 menggunakan kesemua duit simpanannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Semasa saya mencipta label ini, saya berpendapat ianya satu kerja yang mudah sebab saya ada kawan-kawan yang popular yang boleh bantu memakai baju jenama saya ini. Orang ramai akan nampak logo Under Armour ini di baju dan jenama ini akan meletup dalam sekelip mata. Realitinya ; ia tidak berlaku. Ia tidak semudah apa yang anda fikirkan.” terang Kevin.

Kevin turut bercerita mengenai pengalamannya di mana ketika beliau sedang teruja untuk mengembangkan bisnesnya, beliau mengeluarkan kesemua simpanannya berjumlah USD3400 untuk berjudi. Beliau merasakan dengan berjudi, beliau dapat gandakan wangnya dan seterusnya mempunyai modal yang lebih untuk syarikatnya. Tetapi itu tidak terjadi kerana beliau kalah kesemua duitnya dan pulang ke rumah dengan tangan kosong. Pada ketika itulah beliau langsung tidak punya wang walau USD2 untuk membayar tol pulang ke rumahnya.

Dua perkara yang dapat kita pelajari dari sejarah hidup Kevin Plank ini adalah yang pertama, janganlah kita berjudi.Walaupun kita mahu cuba menggandakan wang kita dengan cara yang cepat, tetapi ingat risikonya sangat tinggi.

Kedua, jangan putus asa. Dari peristiwa perjudian di atas, Kevin Plank menjadi lebih optimistik untuk membawa syarikatnya ke level yang lebih tinggi. Dalam bisnes apa sekalipun, ada satu ketika, kita pasti membuat percaturan yang salah. Jangan cepat putus asa. Jadikan pengalaman itu sebagai iktibar. Ingat bukan senang untuk senang, bukan susah untuk susah. Tonton video lanjut temubual Kevin Plank di bawah ini.

Sumber