Setiap tahun antara yang kita nantikan pastinya iklan kreatif daripada jenama terkemuka sempena Aidilfitri.

Bukan sekadar hanya hiburan, kemunculan iklan-iklan raya ini yang sarat dengan mesej positif pastinya akan menceriakan lagi raya kita setiap tahun.

Syawal tahun ini pastinya meriah kerana kita dapat beraya bersama keluarga dan paling best balik kampung! Jadi sebelum anda balik kampung, jom check it out semua iklan yang awesome raya ini. Jom!

1. Dumex Dugro® – Kebaikan Dikongsi Bersama, Ramadan Lebih Bermakna

Iklan comel Dugro menampilkan Syawal, yang mahu berniaga kuih raya diperbuat daripada susu kegemarannya. Bukan wang ringgit yang dicari tetapi Kebaikan Dikongsi Bersama. Comel sangat!

2. Xiaomi – Sedetik Cahaya

Filem pendek daripada Xiaomi ini yang diarahkan oleh Zulkarnain Azhar diilhamkan daripada kisah sebenar rakan baiknya yang menjaga bapanya, seorang pesakit Alzheimer. Pengorbanan besar seorang yang bergelar anak buat ayah yang tercinta.

3. Gamuda Land – Rezekey Raya

Gamuda Land menekankan konsep rezeki sentiasa datang tanpa diduga buat mereka yang ikhlas membantu orang lain. Ini merupakan inisiatif bersama Yayasan Gamuda dan The Star Foundation bertujuan untuk mengiktiraf dan menghargai hero Malaysia yang ada dalam masyarakat.

4. Watsons – Gaya Raya Luar Biasa

Macam mana agaknya rasa jika kita boleh beraya di bulan? Watsons tampil dengan tema futuristik untuk filem raya mereka tahun ini yang menampilkan Ayda Jebat, Nabil Mahir, Dolla, Fauziah Ahmad Daud dan Dato Jalaluddin Hassan! Siap ada kucing terbang lagi.

5. SAFI – Raya Kau Hijau 2.0

Masih ingat drama raya Safi tahun lepas? SAFI kembali dengan ‘Raya Kau Hijau 2.0’ menampilkan Anggun adik kepada Ayu yang pulang beraya di kampung bersama-sama ibu dan buah hati kakaknya, Kai. Macam mana penerimaan mereka dengan buah hati si kakak? Kalau ada Amy Mastura mesti heboh jadinya.

6. Tenaga Nasional (TNB) – Raya Macam Cara!

Tak sah raya kalau tak ada iklan raya daripada TNB! Seperti biasa TNB mahu tunjuk ‘Raya Macam Cara!’ yang menampilkan kepelbagaian serta keunikan dari serata negeri di Malaysia. Sama tak?

7. Yoodo – Jangan Takut Nak Raya

Yang ini lain daripada yang lain kerana ‘hantu’ jadi watak utama. Geng kena ikat pun ada hati nak beraya tahun ni. Lepas ke tidak misi mereka untuk beraya?

8. Yee Lee – Rasa Bersama, Raya Bermakna

Meriahkan Syawal anda dengan dendangan lagu raya yang menampilkan pelakon popular tanah air Remy Ishak dan Farah Nabila. Jarang dapat dengar Remy Ishak menyanyi. Sedap rupanya!

9. Goodday – Sekecil Usaha, Sebesar Makna

Goodday tampil dengan sebuah filem pendek yang menekankan kita boleh menyumbangkan bukan sahaja dari segi kewangan malah masa, tenaga juga kemahiran kerana walau tampak kecil namun besar maknanya bagi mereka yang memerlukan. Padan dengan tajuknya; Sekecil Usaha, Sebesar Makna.

10. Maybank – Raya IstiMAEwa

Raya yang IstiMAEwa buat Dila di mana tahun ini merupakan kali pertama balik raya di rumah mentua dan bukan mudah untuk ambil hati keluarga. Jadi jom lihat bagaimana cara dia berjaya mengambil hati keluarga barunya!

11. Redoxon – Kuatkan imuniti, rezeki Ramadan dinikmati

Saksikan Lisa Surihani menyanyi dan menari sambil berkongsi rahsia menguatkan imuniti badan menerusi video muzik daripada Redoxon.

12. Kumpulan Pelaburan MARA – Nyawa Mama

Filem raya yang pasti buat anda sebak. Selepas menontonnya, pasti membuatkan anda lebih menghargai ibu bapa dan keluarga kerana setiap yang hidup pasti ada penghujungnya.Selagi mereka masih ada, hargailah.

13. PTPTN – Jom Beraya, Jom Menyimpan 2022

Anda pasti terhibur dengan gelagat Kak Ngah Patin yang mahu ‘kongsi’ duit raya. Tetapi ada sebabnya kenapa Kak Patin mintak duit raya dekat semua anak buahnya.

14. CSR – #MisiManisOverload

Drama pendek bersiri bertajuk #MisiManisOverload yang dibawakan oleh CSR ini pasti buat anda terhibur dengan kisah si kembar tiga Nana, Mimi dan Yaya. Saksikan juga episod kedua dan ketiga di YouTube rasmi CSR TV.

15. Digi – Alunan Hati

Siapa sangka detik sama-sama anyam ketupat palas sewaktu kecil boleh jadi satu memori yang tidak dapat dilupakan? Singkap kembali ikatan kasih antara Nenek dan Adi apabila mereka mengukuhkan kembali silaturahim menerusi senandung dahulu kala.

16. Dutch Lady – Berkongsi Kekuatan, Menginspirasi Kebaikan

Video ini bakal memberi semangat untuk setiap kita melakukan kebaikan tidak kira kepada siapa dan di mana jua berada.

17. LBS BINA – Chom, Acap dan Ketupat

Saksikan kisah inspirasi bagaimana seorang lelaki bernama Acap yang selalu membantu ibunya berniaga sehingga menjadi seorang usahawan yang berjaya. Kejayaan itu dibalas dengan sesuatu yang istimewa buat ibu tersayang.

18. Pos Malaysia – Kiriman Mak

Apa yang dikirim, pasti kena sampai! Tonton ‘adventure’ Ahmad dalam membuat penghantaran buat ibunya sempena hari raya ini.

19. Darlie – Semangat Hari Raya

Lagu raya yang cukup rencah untuk didengari sepanjang hari raya ini oleh Reza dan MuZza. Baru Semangat Hari Raya!

20. foodpanda – Fobia Di Hari Raya

Bila menjelang raya mesti ada dalam kalangan kita fobia dengan pelbagai soalan yang bakal ditanya. Tidak perlu takut sempena Syawal ini asalkan orang yang tersayang ada bersama. Dan andai makanan tak cukup di rumah raya nanti, foodpanda kan anda?

21. Boost – KebangkiTEN Raya Bersama Geng Budak Merah!

Ikuti pengembaraan Geng Budak Merah dan Ejen Ali untuk bangkitkan semangat raya. Macam-macam karenah si Geng Budak Merah. Serta jangan lupa buat misi yang Ejen Ali beri raya ini!

22. Axiata – Sanubari Aidifitri

Persabahatan yang tidak dijangka antara Ashraf dan Pakcik Roslan di mana Ashraf menemui maksud sebenar Aidilfitri dan dalam pada masa yang sama membantu Pakcik Roslan sekeluarga untuk menjalani hidup yang lebih baik.

23. McDonalds – Kak Long Balik Muar

Dua tahun Kak Long tidak pulang beraya. Pasti kecoh satu rumah dengan gelagat keluarga Kak Long membuat persiapan untuk sambut kepulangan Kak Long.

24. PETRONAS – Raya 2022 ‘366’: Hari Ke-123

PETRONAS tampil bergaya dengan drama bersiri ‘366’, di mana ia diteruskan dengan kisah Poji dalam episod kedua ‘Hari Ke-123’ istimewa Aidilfitri ini. Dapatkah Poji menghadapi dugaan demi sebuah cinta dengan berani?

Kami ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Hati-hati bila pulang berhari raya tahun ini!

Mari kita throwback beberapa video raya yang hiburkan kita tahun-tahun yang lalu.

5 Iklan Raya Mesti Tonton 2021

Tonton Iklan Raya TNB ‘Norma Baru’ Dihasilkan Lelaki Ini Hanya Dengan Menggunakan Video Lama

‘Ini Iklan Raya, Tau?!’ – Lucu Dan Kreatif, Iklan Ini Raikan Wanita Menjelang Hari Raya Nanti