Adalah satu impian buat para artis di seluruh dunia untuk memaparkan karya mereka pada satu majalah yang paling popular di dunia, iaitu Time. Dan kini, impian itu berjaya dikecapi oleh salah seorang artis kelahiran Malaysia.

Karya seni kontemporari Malaysia Red Hong Yi mengenai perubahan iklim telah dipaparkan di dalam satu terbitan majalah Time terbaharu. Anak kelahiran Sabah ini mencipta peta dunia yang diliputi dengan 50,000 batang mancis hijau yang mewakili pokok digunakan bagi melambangkan perubahan iklim yang mempengaruhi dan memusnahkan dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bercakap kepada majalah Time, Red menyatakan bahawa motivasi beliau disebalik karya ini adalah berasal daripada desakan untuk bersama-sama menangani isu perubahan iklim. Idea ini katanya datang setelah melihat peta dunia di mana perubahan iklim telah memberi kesan yang sama di semua tempat di dunia.

Bekerja bersama enam orang krew yang lain, Red berkata bahawa dia menghabiskan sekitar lapan jam selama dua minggu untuk melekatkan batang mancis itu di papan putih dan memerlukan hanya dua minit untuk membakarnya.

red.processb (4)
Annice Lyn : TIME
red.process2
David Yeow & Annice Lyn : TIME

Tambah beliau, ketika pandemi COVID-19 terus menyerang dunia, dia mahu mengingatkan orang ramai bahawa tidak ada negara yang tidak terpengaruh dengan krisis global, baik masalah wabak atau keruntuhan ekonomi atau, seperti isu khas ini, pemanasan global dan perubahan iklim.

Pelukis grafiti Malaysia hasilkan rekaan ‘cover’ buat single terbaru Chris Brown. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Pelukis Grafiti Malaysia Hasilkan Rekaan ‘Cover’ Buat Single Terbaru Chris Brown

Kelazatan Laksa Malaysia Dikongsi Dalam Komik Baharu X-Men

Lukisan ‘Pelukis Jalanan’ Berjaya Curi Perhatian Tuanku Dan Raja Permaisuri Agong

Sumber