Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebuah gambar dengan rumah putih yang berdiri sendirian di sebuah bukit mencetuskan tanda tanya ramai pembaca. Ia telah berjaya menarik minat pengguna internet sejak bertahun-tahun lamanya sehingga diberi gelaran sebagai ‘rumah paling sunyi di dunia’.

Terletak di Pulau Elliðaey di Kepulauan Vestmannaeyjar, rumah sunyi ini berdiri di tengah rumput hijau dengan kawasan bukit yang landai. Ia dianggap sebuah kawasan yang cantik tetapi tidak pernah dihuni sejak tahun 1930-an. Manakala kewujudan rumah putih ditengah-tengah kepulauan itu menguatkan lagi tanda tanya dan misteri.

Selama bertahun-tahun, peminat teori konspirasi telah mengembangkan beberapa khabar angin mengenai rumah ini. Ada yang menyatakan bahawa ia dibina oleh seorang ahli peniagaan sebagai tempat perlindungan dari serangan zombie. Manakala yang lain pula menyatakan ia adalah tempat untuk pemuja agama.

Bagaimanapun, kisah sebenar di sebalik cerita mengenai rumah paling sunyi di dunia ini adalah ia dibina pada tahun 1950-an oleh persatuan pemburu. Kebanyakan anggota mereka akan datang ke pulau ini bagi memburu puffin.

Biarpun rumah paling sunyi ini dilihat tenang dan jauh dari hiruk piruk kota. Tetapi ia bukanlah tempat yang sesuai untuk diduduki kerana rumah ini tidak mempunyai elektrik dan air yang digunakan pula berdasarkan sistem tadahan air hujan.

Apa yang menariknya, ada beberapa orang yang pernah tinggal di Pulau Elliðaey hingga tahun 1930-an. Mereka memilih untuk berpindah dari pulau itu disebabkan untuk mencari peluang yang lebih baik di sekitar Islandia.

Kini, Pulau Elliðaey ini adalah sarang utama untuk burung dan ikan-ikan segar. Ia disenaraikan sebagai kawasan perlindungan alam dengan orang ramai dibenarkan untuk memburu di sana. Jika anda ingin menjejakkan kaki ke sana, sebuah syarikat pelancongan di kepulauan Vestmannaejar menawarkan lawatan sehari ke pulau sunyi ini.

Terdahulu, tuan rumah difahamkan tidak mahu menjual rumahnya kepada pemaju. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Berdegil Tidak Mahu Jual Tanah, Rumah Lelaki Ini Ibarat ‘Up’ Di Dunia Sebenar

Dipuji Cantik Oleh Netizen, Bilik Persis Rumah Studio Ini Sebenarnya Penjara Di Sweden

Anda Mungkin Suka