Google Now, digital assistant seperti Siri milik Google telah dipasang di cermin bilik air milik salah seorang engineer Google. Max Braun berjaya mengubah cermin asal rumahnya menjadi ‘pintar’ – membolehkan cermin itu memberi live updates tentang perkara yang dia ingin tahu – keadaan cuaca, berita terbaru dan lain- lain.

Dengan menggunakan cermin dua hala, satu panel paparan dan satu papan kawalan, idea Braun ini lahir dari idea teknologi masa depan di mana ada antara idea itu boleh diaplikasikan sekarang ini dengan teknologi yang kita sudah ada.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Braun turut mengaku cerminnya itu masih lagi tidak sempurna dan akan menambah baik cermin itu dari masa ke semasa. Satu inisiatif yang hebat dari engineer Google tapi masalah utamanya ialah sudah pasti kita akan habiskan lebih lama masa berada di dalam bilik air. Tiada berita lanjut berkenaan projek ini ketika ini dan sama-sama kita nantikan perkembangan projek ini dari Google.

google-now-mirror-02

google-now-mirror-03

Sumber