Sunglass mainan, risiko terhadap kesihatan mata.

Bawa anak ke kedai 2 ringgit, punyalah dia suka dapat sunglass, “Nak pakai spek macam papa!”

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Warna merah jambu siap ada watak kartun ‘Let It Go’ lagi. Jalan-jalan bawah cuaca panas, seronok berjalan bersama anak, dengan sunglass-nya itu.

Tindakan menggunakan sunglass murah yang tiada perlindungan UV bukanlah suatu tindakan untuk melindungi mata. Malah kita membiarkan lagi bahayanya radiasi UV, memberi kesan kepada mata.

Mengapa ia bahaya?

Sunglass yang cerminnya hitam, menyebabkan pandangan menjadi redup daripada cahaya yang berlebihan.

Komponen dalam mata yang mengawal cahaya masuk (berada di dalam bola mata), secara automatik, iaitu iris, akan membesarkan saiz bukaan ini.

Hanya gunakan cermin mata yang memberi perlindungan daripada cahaya UV. Baby Center
Hanya gunakan cermin mata gelap yang memberi perlindungan dari radiasi UV matahari. Baby Center

Ini menyebabkan radiasi UV ini akan terus masuk ke dalam mata dengan kadar yang lebih banyak. Inilah bahayanya!

Radiasi ini akan diserap lebih banyak oleh kanta kristalin (penyerap semulajadi UV) yang terdapat di dalam bola mata.

Sebelah mata katarak dibandingkan dengan sebelah mata sihat. See Intl
Sebelah mata katarak dibandingkan dengan sebelah mata sihat. See Intl

Ia meningkatkan risiko untuk mendapat keadaan yang dinamakan Katarak apabila umur semakin meningkat.

Risiko mendapat hilangnya fungsi saraf ‘melihat’ di dinding belakang dalam bola mata (Macular Degeneration).

Boleh mewujudkan sel-sel kanser. Tetapi ia jarang berlaku (Ocular melanoma).

Lindungi mata anak kita dari perkara atau situasi yang boleh dielakkan.

Kerana pada hari ini, kita mempunyai kuasa sebagai seorang ibu bapa yang amat menyayangi masa depan mereka.

Penglihatan tidak terkecuali untuk dilindungi!