Sekiranya anda mengikuti perkembangan Elon Musk dan Tesla, pastinya anda cukup tahu dimana Tesla selaku syarikat dibawah kendalian Elon Musk baru-baru ini telah memperkenalkan sebuah trak dengan rekaan yang moden dan unik iaitu Tesla Cybertruck.

Dikuasakan dengan kuasa elektrik, Tesla Cybertruck berpeluang bergerak sehingga 800km untuk satu pengecasan penuh. Apa yang membuatkan orang ramai teruja dan tertarik terhadap Tesla Cybertruck adalah Elon Musk mengesahkan trak ini sebagai kalis peluru.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Walau bagaimanapun, seperti yang anda tahu demo atas pentas bagi menguji cermin Tesla Cybertruck yang dikatakan lasak nampaknya terus retak apabila dilemparkan objek. Percubaan kedua di atas pentas juga menunjukkan keputusan yang sama sekaligus membuatkan para netizen berbincang mengenai isu yang trending ini.

191122092415-01-tesla-cybertruck-musk-1121-exlarge-169 (1)
Reaksi Elon Musk selepas demo ketahanan Tesla Cybertruck dibuat

Berdasarkan isu yang berlaku, terdapat segelintir netizen yang mengatakan percubaan atas pentas tersebut hanyalah sekadar gimik daripada Tesla dan Elon Musk untuk menarik perhatian ramai berbincang mengenai Tesla Cybertruck.

Selain itu, terdapat juga netizen yang berpendapat rekaan bentuk cermin serta kesilapan daripada pihak jurutera mungkin antara yang membuatkan cermin retak serta menafikan percubaan yang dibuat adalah sebuah gimik.

Dalam usaha untuk menjernihkan keadaan serta menjawab mengesahkan kenyataannya, Elon Musk baru-baru ini telah memuat naik sebuah video di Twitter memperlihatkan keupayaan cermin Tesla Cybertruck yang tidak memberi sebarang kesan apabila dilemparkan dengan bola besi.

Meskipun menerima pelbagai kecaman daripada orang ramai baik dari segi ketahanannya mahupun rekaannya yang dianggap buruk oleh sesetengah pihak, Tesla Cybertruck sudah berjaya menerima lebih 150,000 tempahan dalam tempoh 48 jam selepas pelancaran.

Nak tahu apa yang lebih epik? Tempahan daripada orang ramai ini akan mula ditawarkan seawal 2021. Nampaknya para peminat Tesla terpaksa menunggu lama manakala strategi awal Tesla untuk menawarkan inovasi terhadap industri pickup truck dilihat berjaya.

Sebelum ini, Elon Musk sudah beberapa kali berjaya membuatkan netizen berbincang mengenai dirinya berdasarkan keputusan yang dibuat terpaksa impian beliau untuk berpindah ke Planet Marikh. Ketahui lebih lanjut dengan klik pautan di bawah.

Elon Musk Hampir Pasti Akan Berpindah Ke Planet Marikh

Elon Musk Mohon Maaf Selepas Menggelar ‘Pedofil’ Kepada Penyelamat Gua Tham Luang

Elon Musk Terkejut Cermin Trak Kalis Peluru Retak Semasa Pelancaran