Pasti anda tahu akan kewujudan tarian kematian oleh kumpulan ‘Dancing Coffin’ di Ghana yang kini terkenal menjadi meme, bukan? Terbaharu, JMG 1/6 Miniatures telah tampil dengan koleksi patung figura kumpulan ‘Dancing Coffin’.

Untuk pengetahuan anda, patung figura ini hadir dengan 2 set iaitu set A dan set B. Bagi set A, ia tampil dengan 7 orang penari, manakala set B pula hanya ada 5 penari.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menariknya, patung figura ini kelihatan ‘real’ dan keranda yang dibawa oleh patung tersebut boleh dibuka dan tutup. Malah, patung figura ini juga digayakan berdiri membawa keranda atau merangkak membawa keranda.

Bagi anda yang ingin mendapat patung figura ‘Dancing Coffin’ ini bolehlah dapatkan ia di laman sesawang ini. Harga bagi set A adalah $49 (~RM213.62), manakala set B berharga $40 (~RM174.38).

abG3q4X_700b

aMxebmR_700b

a7WvKez_700b

arV1eXK_700b

aBm9QLN_700b

amvqLGy_700b

Sementara itu, anda mungkin berminat untuk ketahui kisah disebalik ‘Dancing Coffin’ ini. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Ini Kisah Di Sebalik Tarian Kematian Di Ghana Yang Kini Tular Sebagai ‘Meme’

Muncul Dalam Rancangan Temu Bual, Kumpulan ‘Dancing Coffin’ Kini Ibarat Selebriti Di Ghana