Selepas babak tidak masuk akal berkaitan pendrive dalam drama Kekasih Hati Mr Bodyguard, kini babak lain dalam drama tersebut menjadi buah mulut netizen.

Sekeping gambar yang memaparkan watak berkerusi roda duduk di tingkat atas kafe dan juga duduk pada ‘bahagian dalam’ mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen.

Mana tidaknya, agak mustahil untuk seseorang yang berkerusi roda untuk ke tingkat atas melainkan lif tersedia di kafe tersebut. Rata-rata netizen berasa pelik dan menganggap ia hanyalah cara drama ini meraih perhatian dengan merakam adegan tidak masuk akal seperti ini.

Isu ini turut mendapat perhatian Nam Ron, dimana beliau mempersoalkan jika mereka di lokasi penggambaran tidak perasan dan persoalkan adegan tersebut. Malah, sewajarnya perkara ini tidak berlaku kerana boleh difikir secara logik akan kesesuaian tempat dengan watak yang dibawa oleh pelakon tersebut.

Untuk pengetahuan anda, drama Kekasih Hati Mr Bodyguard ini ditayangkan di Slot Lestary TV3 sejak 15 Mei 2021. Drama ini merupakan arahan pengarah Nizam Zakaria.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Hairul Azreen Disenarai Sebagai Pelakon Bagi Filem Aksi Antarabangsa ‘Berzerker’

Dikritik Tidak Sensitif Dan Guna Kalimah ‘Allah’ Dalam Lirik Lagu, Jay Park Mohon Maaf