Lelaki yang dilaporkan merosakkan bilik hotel yang dijadikan pusat kuarantin di Sarawak seperti yang tular di media sosial hari ini telah ditahan pihak berkuasa menurut laporan Harian Metro.

Gambar bilik dan peralatan hotel yang dirosakkan lelaki itu sebelum ini tersebar di media-media sosial dan menimbulkan kemarahan dalam kalangan netizen yang mempersoalkan perbuatan lelaki tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Laporan lanjut juga mengatakan lelaki tersebut bukan sahaja menyebabkan kerosakan harta benda di pusat kuarantin tersebut tetapi turut membakar botol cecair pembasmi kuman di lobi hotel itu bagi menimbulkan kekacauan.

Kebakaran kecil itu bagaimanapun menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berjaya dipadamkan oleh kakitangan hotel.

1 2

Jelas beliau, lelaki berusia 23 tahun itu sebelum ini baru tiba dari luar Sarawak dan sedang menjalani proses kuarantin sejak 2 Mei lalu dan kini telah pun ditahan dan dirujuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Lelaki itu sudah ditahan dan dirujuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya kepada Harian Metro.

Laporan daripada portal itu turut menyebut sumber daripada Pejabat Timbalan Ketua Menteri memaklumkan lelaki tersebut kini ditahan di Hospital Umum Sarawak (HUS) kerana disyaki mengalami masalah mental.

Baca perkongsian semasa mengenai situasi COVID-19 dalam negara di sini. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Ziarah Hari Raya Tidak Dibenarkan Walau Dalam Negeri Yang Sama

Menteri Jelaskan Kenapa Balik Kampung Dan Ziarah Mungkin Tidak Dibenarkan Tahun Ini