Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita lelaki yang merupakan suspek utama sindiket pengubahan wang haram berjaya melarikan diri dengan memanjat pagar di belakang bangunan SPRM.

Lantaran itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kejadian aneh itu dibimbangi boleh menyebabkan kredibiliti PDRM dan SPRM dipertikai masyarakat.

BeFunky-collage (80)
HYPE
Nikmati Ais Krim Terbaru Paddle Pop Minions Caramel And Chocolate
Baca lagi →

Mana tidaknya, suspek boleh memanjat pagar dan mampu mengatur rancangan meloloskan diri selepas dibebaskan SPRM untuk proses reman PDRM mengundang keraguan.

191

Datuk Nadzim Johan. Sumber: Dynamik

Malah, Datuk Nadzim Johan mempersoalkan sama ada prosedur operasi standard (SOP) ketika penyerahan suspek dipatuhi sepenuhnya atau tidak. Tambahnya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin juga perlu memberi perhatian kepada perkara itu kerana ia boleh menjejaskan imej badan penguat kuasa yang diberi amanah besar.

Bukan itu sahaja, PPIM sudah bawa bertahun-tahun kes seperti ‘Macau Scam’ ini dan mahukan jaminan kes ini diambil perhatian serta perkara seperti ini tidak berlaku pada masa akan datang.

Tidak hanya itu, rata-rata netizen turut bingung dan tertanya-tanya bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku sedangkan pagar di belakang bangunan SPRM tinggi atau sebenarnya dibantu oleh pihak tertentu.

1111

2222

Datuk Nadzim Johan mahukan penjelasan berhubung perkara ini. Ketika ini, masih belum ada maklum balas berhubung kejadian berkenaan yang dikeluarkan PDRM dan SPRM.

Buat anda yang terlepas berita ini, apa kata klik sahaja pautan di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut.

Disyaki Terlibat ‘Macau Scam’, Datuk Seri Bertindak Melarikan Diri Kini Diburu Polis

Sering Pamer Kemewahan Di Media Sosial, SPRM Tahan Datuk Seri Disyaki Terlibat ‘Macau Scam’

Kena Tempias Isu ‘Cuci Duit’, Sharnaaz Ahmad Tegur Netizen Yang Seru Boikot Perniagaan Bubble Bee

Anda Mungkin Suka