Penyanyi dan penulis lagu kontroversi dari Malaysia Namewee sekali lagi mencetuskan kekecohan di luar negara apabila beliau dituduh menghina negara dan rakyat China dengan lagu hit terbaru bertajuk ‘Fragile’ serta dengan lantang menyokong kemerdekaan buat Hong Kong dan Taiwan. Menurut laporan Variety, Namewee mengatakan bahawa dia tidak pernah menyesal mengeluarkan lagu yang telah menyebabkan dia diharamkan oleh negara terbabit.

Lagu berbahasa Mandarin yang menampilkan penyanyi China Australia Kimberley Chen itu digambarkan sebagai lagu romantis yang penuh dengan maksud. Ia telah menarik perhatian warga China sehingga ada yang mendakwa bahawa Namewee seolah-olah mengejek rakyat negara tersebut. Selain itu, tindakan Namewee memasukkan elemen kelawar di dalam video tersebut seolah-olah mahu memberitahu bahawa asal usul COVID-19 adalah datang dari China.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dilahirkan di Muar, Johor pada 1983, Namewee mempunyai rekod prestasi yang panjang sebagai individu yang sering mencetuskan kontroversi di luar dan dalam negara yang majoriti penduduknya beragama Islam. Penyanyi itu juga pernah ditahan beberapa kali kerana lagu dan video muziknya dianggap menghina agama dan kaum lain.

Selepas lagu itu disiarkan di laman YouTube pada 15 Okt, video itu telah mendapat berjuta-juta tontonan dan telah tular di negara seperti Hong Kong, Taiwan, Malaysia dan Singapura. Sehingga Selasa, video muzik itu telah mengumpul lebih daripada 17.6 juta tontonan.

Walaupun lagu itu mendapat pujian dari peminat, namun China seolah-olah terlalu sensitif dengan kandungan muzik video terbabit. Selepas dimuat naik, Namewee dan Chen terus diharamkan di China. Beberapa hari selepas itu pula, akaun Weibo mereka disekat oleh China. Namewee kemudiannya dituduh menghina China dan rakyat China serta mempromosikan kemerdekaan Hong Kong dan Taiwan.

“Saya tidak pernah berkata apa-apa [mengenai kemerdekaan Hong Kong dan Taiwan]. Jika anda tidak percaya saya, anda boleh melakukan carian,” kata Namewee. “Mengenai soalan ini, anda harus bertanya kepada penduduk Hong Kong dan Taiwan apa pendapat mereka. Warganegara saya adalah Malaysia. Saya tidak boleh bercakap bagi pihak mereka.”

“Tetapi saya pasti akan berdiri dengan kebebasan dan demokrasi. Hak asasi manusia yang kita lahirkan adalah nilai sejagat, dan itulah yang [saya] cari sebagai rakyat Malaysia.”

Namewee berlakon jadi pengganas Afghanistan dalam muzik video curi tumpuan netizen di China. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Namewee Berlakon Jadi Pengganas Afghanistan Dalam Muzik Video Curi Tumpuan Netizen Di China

Didakwa Tidak Ikut SOP, Netizen Kurang Senang Dengan Program Hiburan Libatkan 50 Juri

Dakwa Laungan Azan Terlalu Kuat, ‘Iklan’ Syarikat Ini Undang Kemarahan Netizen