Malaysia mempunyai sejarah yang panjang dan kejam bersama Komunis. Kebanyakan orang lama yang hidup pada zaman kekejaman Komunis mempunyai cerita bagaimana kumpulan berhaluan kiri ini menggunakan kekerasan untuk menakluk sesuatu kawasan. Jadi tidak heranlah sehingga kini rakyat Malaysia masih menolak fahaman keras dan rakus dari kumpulan kiri ini.

Dan disebabkan itu, apabila pihak Golden Screen Cinemas atau lebih dikenali sebagai GSC memuat naik satu poster yang didakwa orang ramai sebagai filem propaganda Komunis China. Ia mendapat kritikan serta timbul persoalan orang ramai bagaimana filem ini diluluskan untuk ditayangkan di Malaysia? Adakah Finas (National Film Development Corporation Malaysia) yang bertanggungjawab luluskan filem ini?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melalui hantaran yang dimuat naik oleh pihak GSC di halaman Facebook rasmi syarikat terbabit pada 30 Oktober 2021, ia mengundang kritikan netizen. Hantaran terbabit telah mendapat lebih 3,000 tanda suka dengan lebih 1,300 pengguna Facebook menyatakan ketidakpuasan hati mereka.

Melalui pemerhatian The Vocket, difahamkan bahawa filem ini diterbitkan oleh Jabatan Komunis China. Ia dikeluarkan sempena ulangtahun 100 tahun Parti Komunis China dan filem ini berkisarkan keperwiraan tentera Komunis dalam pertempuran melawan tentera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sebuah tasik di Korea.

Salah seorang netizen di laman Facebook mendakwa bahawa filem ini cuba mempromosikan kepada orang ramai tentang betapa kuatnya Parti Komunis China. Selain itu, filem ini juga tidak menggambarkan sejarah sebenar, sebaliknya China berusaha keras mahu menunjukkan kepada dunia bahawa ‘Komunis adalah keadilan’ dengan berjaya mengalahkan Tentera Bangsa-Bangsa Bersatu dalam Perang Korea.

Di laman IMDb pula, salah seorang pengulas filem meninggalkan komen dengan menyatakan bahawa filem ini adalah propaganda yang dibuat oleh Komunis China, “Penuh dengan sejarah yang mengelirukan, filem yang penuh dengan propaganda. Saya tidak kisah tentang pandangan politik, tetapi ini adalah filem yang sangat teruk dibuat dari perspektif teknikal penggambaran filem.”

Why is this CCP propaganda movie allowed to screen here?
byu/ly_sim inmalaysia

Perbincangan mengenai filem ini tidak hanya berkisar di laman Facebook atau Twitter sahaja. Di Reddit, persoalan sama juga timbul bagaimana filem propaganda Komunis ini lulus ditayangkan di Malaysia.

Salah seorang pengguna Reddit dengan nama Fearless-Structure88 menyatakan, “Saya menganggap mereka tidak tahu tentang propaganda itu tetapi jika anda meletakkan tajuknya Babi, larangan segera [akan dikeluarkan] tanpa perlu melihat filem itu tentang apa.”

Manakala salah seorang lagi pengguna Reddit percaya bahawa tiada masalah jika filem ini ditayangkan di negara ini kerana rakyat Malaysia sudah matang dari segi mental dan tidak mudah terpengaruh dengan hanya menonton satu filem yang berkiblatkan Komunis, “Setelah sekian lama merdeka, kesetiaan, kepercayaan [dan] pendirian rakyat Malaysia sudah kuat bukan?” Tanyanya.

Setakat laporan ini dimuat naik, Finas masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai isu yang menjadi tanda tanya rakyat Malaysia.

Untuk rekod, filem The Battle At Lake Changjin telah menjadi filem dengan kutipan tertinggi setakat tahun ini, baik di China mahupun di seluruh dunia. Jumlah terkumpul sejak 30 September telah mencecah 5.5 bilion yuan (RM3.5 bilion) setakat Ahad (31 Oktober).

Wajarkah komunis diangkat sebagai pejuang kemerdekaan? Untuk bacaan lanjut, sila klik pautan di bawah.

Wajarkah Komunis Diangkat Sebagai Pejuang Kemerdekaan?

Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Restoran Pamer Unsur Komunis

Jackie Chan Makin Dibenci Orang Setelah Nyatakan Niat Mahu Jadi Anggota Parti Komunis China