Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pemain kelab Hokkaido Consadole Sapporo Chanathip Songkrasin, diumumkan sebagai duta jenama peralatan sukan Jepun, Mizuno mulai 1 Disember 2017, menurut laman web rasmi Mizuno Jepun.

Mulai esok 2 Disember 2017, Chanathip Songkrasin akan menggunakan kasut keluaran dari Mizuno untuk aksi dalam saingan J1 League, bertemu Vegalta Sendai dalam perlawanan terakhir J1 League musim 2017.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Selain itu, beliau juga pihak Mizuno akan terus bekerjasama dengan Chanathip untuk mempertingkatkan lagi kualiti produk keluaran mereka melalui maklum balas serta cadangan dari Chanathip untuk menghasilkan produk bermutu tinggi.

Komen Chanathip Songkrasin Mengenai Pelantikan Sebagai Duta

24129579_1814441152180844_4203221956946409642_n

Ia suatu penghormatan bagi saya selepas dipilih sebagai ‘brand ambassador’ untuk satu jenama sukan yang mempunyai sejarah yang hebat.

Saya amat teruja untuk beraksi menggunakan kasut Mizuno yang menggunakan teknologi terkini serta berkualiti tinggi, dalam perlawanan selepas ini.

Ini juga merupakan tonik dan motivasi untuk saya terus bekerja keras untuk kelab Hokkaido Consadole Sapporo dan juga pasukan kebangsaan Thailand.

Kontrak Sebagai Mizuno ‘Brand Ambassador’ Bernilai RM1.25 Juta

Menurut sumber dari Jepun, kontrak Chanathip Sebagai ‘Brand Ambassador’ ini bernilai 10 Juta Baht / RM1.25 Juta selama setahun serta pelbagai lagi sokongan oleh Mizuno untuk segala kelengkapan Chanathip sebagai seorang pemain bola sepak profesional di Jepun.

chanathip songkrasin

Selain itu juga, Mizuno menjelaskan bahawa Chanathip merupakan ‘Brand Ambassador’ bukan sahaja di Thailand, tetapi juga di Jepun.

Kasut Khas Untuk Chanathip Songkrasin

Mizuno juga akan menyiapkan kasut khas ‘custom made’ mengikut ukuran kaki Chanathip untuk aksi beliau bersama Hokkaido Consadole Sapporo serta skuad kebangsaan Thailand.

8137ebd4

Sebelum ini, Chanathip lebih gemar menggunakan kasut dari jenama Adidas, namun sejak bulan November 2017, beliau lebih kerap menggunakan kasut Mizuno Rebula V1 Japan – Black Out.

Anda Mungkin Suka