Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebuah butik terkenal di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur ‘kantoi’ apabila didapati menjual barangan tiruan dengan harga yang sebenar kepada pelanggan.

Butik berkenaan membuat keuntungan berlipat kali ganda apabila barangan tiruan berkenaan dijual dengan harga ribuan ringgit sedangkan kos barangan ciplak itu tidak melebihi RM100.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur merampas barangan tiruan yang menggunakan logo Chanel yang dijual oleh butik berkenaan. Serbuan pihak KPDNHEP berjaya merampas 33 unit barang tiruan jenama Chanel bernilai RM10,253.

Semua barangan jenama Chanel itu dikenal pasti sebagai tiruan oleh wakil cap dagang jenama berkenaan yang turut serta dalam operasi berkenaan.

Anda dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dengan tawaran menarik supaya tidak menyesal di kemudian hari. Jika mahu beli produk yang benar-benar asli, terus sahaja ke butik rasmi jenama berkenaan untuk membuat pembelian.

  • SUMBER
  • HM