Kalendar Advent ialah kalendar khas yang digunakan untuk mengira atau merayakan hari-hari dalam jangkaan Krismas. Ia biasa dihasilkan setiap tahun setiap kali bulan Disember menjelma.

Chanel merupakan antara jenama yang tidak melepaskan peluang untuk menghasilkan kalendar Advent ini. Versi mereka adalah sangat mewah; berharga USD825 (+-RM3,490) dan berbentuk botol minyak wangi ikonik mereka Chanel N°5.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seorang pengguna TikTok, Elise Harmon telah membeli kalendar berkenaan walaupun harganya mahal. “Adakah saya gila? Mungkin ya dan jom lihat apa yang ada dalam kalendar ini sama ada ia berbaloi dengan harganya,” kata Elise. Terangnya dalam video TikTok, kalendar berkenaan sangat cantik secara luaran tetapi terkejut dengan item yang diterimya.

https://www.instagram.com/p/CXB-kRgtNtL/?utm_medium=copy_link

Semua item yang bakal anda terima dalam kalendar advent Chanel

Dalam setiap kotak kecik yang terkandung dalam kalendar berkenaan terkandung produk novelty daripada Chanel. Cuma bagi Elise, barangan yang diterimanya langsung tidak berbaloi dengan harga yang dibayarnya. “Kamu serius Chanel? Anda cuma bagi stiker dalam kotak ini? Nasib baik kotak nombor ini (5) kandungannya minyak wangi Chanel N°5,” katanya.

Penonton video beliau kemudiannya mahu Elise berkongsi kandungan semua kotak kecil yang diterimanya. Ada item yang boleh diterima antaranya lipstik dan pewarna kuku. Namun item seperti beg kecil untuk meletak stiker dan pelekat tatu sementara adalah antara item yang bagi warga TikTok adalah satu jenaka bagi mereka.

@eliseharmon

♬ original sound – Elise Harmon

Mengeruhkan lagi keadaan, Elise berkata selepas beliau berkongsikan video berkenaan, beliau telah di block oleh akaun rasmi Chanel.

Setakat carian kami, akaun rasmi Chanel tidak lagi dijumpai di TikTok dan warga TikTok ‘berpindah’ ke Instagram Chanel untuk meninggalkan komen mereka di sana.

Walaupun dikritik hebat, kalendar Advent ini telah pun habis terjual kepada peminat tegar Chanel. Adakah anda sanggup bayar harga setinggi ini untuk ‘produk biasa’ demi jenama?

Aplikasi TikTok sebenarnya bermanfaat dan mempunyai banyak konten berguna. Baca lagi pada pautan di bawah.

Bukan Aplikasi ‘Sampah’, Ini Manfaat Lain TikTok Yang Ramai Tidak Tahu

Kenali Bella Poarch, Wanita Paling Terkenal Di TikTok Yang Dituduh Pengikut Illuminati

Hanya Hantar Kotak, Penjual Ini Dakwa Beg Tangan Bernilai RM35,000 Dicuri Pusat Kurier


⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀