Semua sedia maklum bahawa Chanel merupakan jenama terkemuka yang eksklusif dan sering menjadi koleksi golongan muda mahupun golongan elit yang terpengaruh dengan minat selebriti yang sering berdandan menggunakan produk Chanel. Baru-baru ini, Chanel telah memfailkan saman terhadap salah seorang penjual di portal jual-beli atas talian, eBay.

Menurut laporan The Fashion Law, Chanel telah mengemukakan saman sebanyak USD56 juta atas alasan pembungkusan yang tidak betul oleh Ryan Ladijinsky, seorang penjual di eBay. Ryan dikemukakan saman berikutan dengan tindakan beliau menjual barangan yang tidak sepatutnya dijual iaitu barangan terpakai jenama Chanel seperti minyak wangi, sampel minyak wangi, produk kosmetik dan barangan yang terdapat sedikit kerosakan setelah proses pengilangan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Screen+Shot+2018-07-11+at+8.50.33+PM

Lebih mengeruhkan keadaan lagi, Ryan bukanlah penjual yang berdaftar secara rasmi dibawah pihak Chanel. Pihak Chanel sangat menitikberatkan kualiti produk dan pembungkusan bagi menjaga reputasi Chanel sebagai produk premium.

Diharapkan agar penjual-penjual sampel minyak wangi yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan menjadikan isu saman ini sebagai pengajaran.