Buriram United sekali lagi membuktikan bahawa mereka sememangnya sebuah kelab yang paling menguntungkan hasil daripada strategi pembangunan ekonomi kelab yang cukup berkesan.

Terkini, Buriram United secara rasmi mengesahkan bahawa mereka telah menukar nama stadium kebanggaan warga Buriram itu dari I-Mobile Stadium kepada nama baru iaitu Chang Arena.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

‘Stadium naming rights’ ini telah dipersetujui bersama syarikat gergasi minuman keras terkenal Thailand, Chang selepas I-Mobile menarik balik tajaan mereka.

1 Billion Baht (RM124.5 Juta), Selama 5 Tahun

Hasil dari perjanjian terbaru bersama Chang, Buriram United bakal menerima perolehan bernilai RM124.5 juta selama tempoh 5 tahun yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

buriram united

Ini bermakna, untuk setiap musim, Buriram United akan menerima sekurang-kurangnya hampir RM25 juta dari hak penajaan nama stadium mereka sahaja!

Walaubagaimanapun, jumlah ini adalah termasuk dengan hak penajaan litar lumba Buriram iaitu Litar Antarabangsa Chang yang bakal menganjurkan siri Moto GP mulai musim 2018 nanti.

Kenapa I-Mobile Tidak Meneruskan Penajaan Mereka

Menurut laporan dari laman web BrandBuffet.com, mereka telah membuat kajian terhadap jenama I-Mobile dan kesan terhadap penjaan hak nama stadium Buriram United.

Hasil kajian tersebut, I-Mobile sebuah anak syarikat kepada SAMART Group yang merupakan sebuah syarikat tempatan Thailand yang mengeluarkan telefon bimbit, mengghadapi isu dalam jualan produk mereka.

buriram united

Perkara ini berlaku apabila berlaku lambakan telefon pintar yang lebih canggih, mempunyai harga yang tidak terlalu mahal berbanding I-Mobile serta strategi pemasaran yang agresif, tidak mampu disekat atau ditandingi oleh I-Mobile.

Kesan daripada penurunan perolehan I-Mobile, syarikat bersetuju untuk ‘menghapuskan’ jenama ini dari pasaran untuk mengelakkan kerugian yang lebih besar jika terus cuba untuk bersaing.

Impak kepada keputusan ini menyebabkan, mereka tidak menyambung hak penajaan nama stadium ‘Thunder Castle’ dan pihak Buriram United sendiri telah berunding serta mendapat maklum balas positif dan segera dari pihak Chang.