Sedikit mengecewakan namun itulah yang berlaku apabila kini tiada lagi video-video masakan resipi oleh pasangan suami isteri M. Sugu dan S. Pavithra, apabila channel YouTube mereka ‘Sugu Pavithra’ kini dilihat tidak lagi mempunyai sebarang kandungan sejak beberapa hari ini.

Walaupun tidak menyatakan sebab sebenar video-video tersebut sama ada dialihkan buat sementara waktu atau dipadamkan untuk selamanya, namun ia berlaku beberapa hari selepas suaminya didakwa di mahkamah atas beberapa dakwaan pada minggu lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perkara itu sudah pastinya menjadi tanya tanya buat sebahagian besar daripada peminat  dan pengikut yang kini mencecah 787,000 subscribers di channel mereka yang mula menarik perhatian sejak berlangsungnya siri perintah kawalan pergerakan yang lalu.

sugu
Tangkap layar semasa channel YouTube Sugu Pavithra dengan tiada video dipamerkan

Sudah maklumkan akan kembali

Bagaimanapun buat peminat yang merindukan perkongsian di YouTube daripada pasangan suami isteri itu, mereka mungkin boleh menarik nafas lega apabila mereka beberapa hari lalu menyatakan akan komitmen mereka untuk meneruskan penghasilan video seperti yang dilakukan sebelum ini.

Dalam laporan yang terbit di Harian Metro dua hari lalu, mereka memberitahu akan meneruskan kehidupan seperti biasa yang juga bermaksud akan meneruskan rancangan masakan mereka di YouTube.

“Saya dan suami akan teruskan kehidupan seperti biasa.

Kami akan kembali meneruskan rancangan masakan di YouTube nanti,” kata S. Pavithra seperti dipetik laporan tersebut.

https://youtu.be/KAMq3wpPH3M

Jadi kepada anda yang risau dengan penghasilan video akan datang oleh pasangan suami isteri yang berjaya memikat hati masyarakat negara kita mungkin tidak perlu risau kerana mereka sudah berjanji untuk kembali.

Namun buat masa ini mereka seperti dilaporkan sebelum ini meminta untuk diberikan sedikit ruang dan terus menyokong mereka dalam menghadapi situasi ketika ini.

Kisah pasangan suami isteri sebelum ini sememangnya menjadi kegemaran dengan kejayaan mereka yang bermula daripada merakam video masakan menggunakan telefon pintar sehingga mendapat pengiktirafan daripada perdana menteri.

Baca kisah-kisah mereka yang pernah dikongsikan kami sebelum ini di pautan di bawah. 

Hanya Rakam Menggunakan Telefon, ‘Channel’ YouTube Masakan Wanita Ini Kini Dibayar Google

Tampil Seperti Model Dan Nafi Beli Rumah Baru, Ini Perkembangan Terbaru ‘Sugu Pavithra’

Bukan RM144,000 Tetapi Ini Pendapatan Sebenar Sugu Pavithra Selepas Meletup Di YouTube

Sumber