Buat pencinta alam semula jadi, anda mungkin perlu masukkan jambatan gantung ini dalam checklist tempat yang perlu anda lawatai. Jambatan gantung Charles Kuonen ini merupakan jambatan gantung paling panjang di dunia ketika ini yang bakal memberikan anda pemandangan banjaran Alps yang indah.

Panjang jambatan ini adalah pada 494 meter dan dari segi ketinggian pula, di satu point anda akan berada 86 meter dari permukaan tanah. Jambatan ini terletak di perkampungan Randa dan akan menghubungkan Grächen dan Zermatt bagi laluan jalan kaki Europaweg.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lebih menarik, syarikat yang membina jambatan ini, SWISSROPE cuma memerlukan 10 minggu untuk siapkan jambatan ini sepenuhnya. Memang hebat! Kalau anda memang berhajat untuk ke Switzerland, jangan lepaskan peluang untuk cuba jambatan ini. Bagi anda yang teringin untuk cuba jambatan gantung, jangan bersedih. Boleh ke Langkawi untuk cuba Langkawi Sky Bridge. Jambatan ini pun sudah awesome dengan pemandangan yang indah.

swiss 5

swiss 4

swiss 2

swiss 1

Sumber