Nampaknya penjahat untuk filem Fast & Furious 8 sudah diumumkan dan ianya tak lain tak bukan aktress hebat dari Afrika Selatan, Charlize Theron.

charlize

Our crew will face its greatest adversary in our next film. Welcome Charize Theron to the Fast Family. 4.14.17,” Tweet official dari team Fast & Furious mengesahkan penglibatan Charlize dalam filem ini.

Keupayaan Charlize untuk melakonkan watak jahat tidak boleh disangkal kerana beliau pernah melakonkan watak psiko dalam filem Monster dan watak jahat dalam filem Snow White & The Huntsman. Owh, tidak terlupa lakonan hebatnya dalam filem The Italian Job dan Mad Max: Fury Road sebelum ini.

Pengambaran Fast 8 akan berlangsung di beberapa tempat antaranya New York dan Reykjavik, Iceland. Vin Diesel ada memberi hint bahawa jalan cerita Fast 8,9 dan 10 akan dirangka supaya ianya menjadi satu trilogi.

Fast 8 dijangka keluar di pawagam 14 April 2017 jika tiada aral melintang. Tanpa Paul Walker, filem ini nanti mungkin kehilangan serinya sedikit. Harap-harap Charlize Theron mampu untuk mengembalikan sinar franchise ini.

post-39022-Charlize-Theron-smile-laugh-gi-Qmg9

Sumber