Lupakan tentang kekalahan 0-2 Malaysia kepada Thailand. Kita kena akui yang permainan bola sepak pasukan Thailand lebih tersusun, kemas, cantik, cun, marveles semua ada. Kami yang menonton di TV9 ini pun terpukau dengan permainan mereka yang cantik persis Nora Danish terutama selepas mereka mendahului 2-0. Begitu konfiden sehinggakan kami berfikir kembali pasukan manakah budak budak dan pasukan manakah yang berpengalaman.

BACA: Betul Ke Pemain Kacak Nombor 7 Thailand Gay?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

i-4

Bukan saja permainan pasukan Thailand yang cantik menjadi tumpuan tapi pemain nombor 7 mereka, Charyl Chappuis juga menjadi tumpuan peminat bola sepak terutama kaum perempuan. Dengan wajah tampan dan berbakat bermain bola sepak, mudah bagi Chappuis untuk memikat mana mana perempuan (mungkin ada yang lelaki juga terpikat). Melihatkan kepada kegilaan para perempuan terhadap Chappuis kami di The Vocket ingin berkongsi fakta tentang beliau.

i-3

1. Charyl Yannis Chappuis dilahirkan pada 12 Januari 1992 dan merupakan pemain bola sepak profesional Swiss-Thai. Sekarang beliu bermain bersama kelab Suphanburi Liga Premier Thai.

2. Chappuis memulakan karier bola sepaknya bersama kelab FC Kloten dan kemudian menyertai SC Young Juventus tidak lama selepas itu.

3. Selepas menimba pengalam di liga remaja Swiss, Chappius menyertai Liga Super Swiss bersama Grasshopper Club dan bermain sebagai midfileder pada Julai 2003.

4. Chappius gagal menempatkan diri dalam kesebelan utama (senior team) Grasshopper walaupun beliau telah menunjukkan prestasi yang baik dalam pasukan kedua.

5. Beliau menyertai FC Locarno secara pinjaman untuk musim 2011-2012 untuk mendapatkan pengalaman bermain dalam pasukan utama.

6. Chappius membuat penampilan pertama untuk Locano pada 25 Julai 2011 menentang FC Wohlen dan menjaringkan gol pertama beliau ketika menewaskan FC Will 2-1 pada 20 November 2011.

7. Chappius kembali ke Grasshoper selepas tamat kontrak pinjaman dan dipinjam ke FC Lugano untuk mengharungi musim 2012-2013. Beliau membuat penampilan pertama bersama Lugano pada 14 Julai 2012 menentang FC Will dan menang 3-1.

i-2

8. Pada 2013, Chappius pindah ke Thailand dan menyertai Buriram United dan memandangkan emaknya berasal dari Thai, beliau berjaya mendapatkan kewarganegaraan Thai. Seterusnya membolahkan dia bermain dalam Liga Premier Thai dan Liga Juara Juara AFC.

9. Beliau menjaringkan gol pertama bersama Buriam menentang Suphanburi FC dengan satu curling menarik.

10. Beliau juga menjaringkan gol di 2013 AFC Champions League menentang Jiangsu Sainty, tapi lututnya tercedera ketika meraikan jaringan tersebut. (ini kelakar)

11. Beliau terpaksa berehat selama 3 bulan akibat kecederaan itu.

12. Beliau menjaringkan gol kedua AFC menentang Chainat FC pada 8 September 2013/

13. Chappius menyertai Suphanburi FC untuk musim 2015.

i

14. Chappius merupakan bekas pemain remaja antarabangsa Switzerland. Pada 2009, beliau sebahagian daripada pasukan bawah 17 tahun Swiss yang memenangi Piala Dunia FIFA U-17 2009 yang menewaskan tuan rumah Nigeria 1-0 pada perlawanan akhir. Beliau bermain dalam kesemua 7 perlawanan sepanjang kejohanan.

15. Chappius dipanggil oleh bekas jurulatih Thailand Winfried Schafer untuk bermain menentang pasukan kebangsaan Lebanon dalam kelayakan Piala Asia AFC 2015.

16. Beliau dipanggil menyertai Thailand U23 oleh jurulatih Kiatisuk Senamuang pada Sukan SEA 2013.

17. Penampilan tidak rasmi beliau untuk Thailand U23 ialah ketika perlawanan persahabatan menentang Barcelona FC semasa lawatan Barcelona ke Bangkok.

18. Chappius membuat penampilan rasmi untuk Thailand U23 menentang Uganda U23 pada November 2013.

19. Chappius bermain perlawanan pertamanya bersama Thailand U23 di Sukan SEA 2013 menentang Indonesia U23.

20. Chappius memenangi kejuaraan sukan SEA 2013 bersama Thailand U23.

21. Beliau mewakili Thailand U23 ke Sukan Asia 2014 dan mara ke separuh akhir.

22. Chappius berada dalam skuad Thailand untuk Piala Suzuki AFF 2014.

727372

23. Chappius juga menjaringkan gol pertama menerusi sepakan penalti pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF 2014 menentang Malaysia.

24. Sorry girls, tiada fakta siapakah teman wanita Charyl Chappius.