Kekeliruan mengenai pemilikan dua syarikat Chatime dan Tealive yang terkenal dengan bubble tea di negara ini belum selesai sejak beberapa tahun yang lepas. Para peminat seringkali terkeliru dan menganggap Chatime adalah Tealive atau Chatime ditukar nama kepada Tealive.

chatime2

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Semalam Chatime Sdn. Bhd. telah mengemukakan saman terhadap syarikat Loob Holding Sdn. Bhd. yang dikatakan telah mengelirukan masyarakat bahawa Chatime telah berubah nama kepada Tealive. Pengarah Urusan Kumpulan Chatime Malaysia, Aliza Ali mendakwa Loob Holding memuat naik kenyataan yang tidak benar di laman web syarikat itu iaitu “Chatime renamed as Tealive” dan “Tealive replaced Chatime”.

Tindakan undang-undang tersebut diambil oleh pihak Chatime bagi menjaga reputasi dan pasaran di Malaysia dan juga di pasaran global. Syarikat yang pernah menerima anugerah ‘World Branding Award Brand of The Year’ itu bakal membuka 150 cawangan baharu di negara ini dalam masa 5 tahun dengan menyasarkan keuntungan sebanyak RM 1.2 billion seperti di Taiwan.