Isteri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam berikrar mahu menuntut keadilan keatas Bella, kanak-kanak istimewa yang dipercayai didera oleh pengasuhnya.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Berkongsi di laman Instagram miliknya, beliau berhasrat untuk melakukan apa sahaja dengan kuasa yang beliau miliki bagi memastikan bahawa keadilan kepada Bella yang kini berusia 13 tahun dapat ditengakkan.

Beliau turut menyelar tindakan sesetengah individu yang pengecut mahu melarikan diri atas apa yang telah terjadi ke atas remaja istimewa terbabit.

HYPE
Ini ‘Rahsia’ Pengasas Tudung Dari Kelantan Raih Keuntungan RM10,000 Dalam 2 Minggu
Baca lagi →

“Saya akan lakukan apa saja dengan kuasa yang saya ada bagi mendapatkan keadilan untuk Bella. Saya kecewa dan letih melihat si pengecut yang berfikir mereka boleh buat apa saja terhadap kanak-kanak teraniaya,” tulisnya.

 

“Kamu boleh bersembunyi di sebalik peguam tetapi karma akan hadir pada waktunya di dunia ini dan akhirat,” ujarnya.

Sebelum ini, pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia didakwa melakukan perbuatan di sebuah kondominium di Wangsa Maju, antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan terhadapnya adalah mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

‘Sepasang baju raya buat Bella’ – Mengapa aku nekad untuk terus tuntut keadilan buat Bella. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

‘Sepasang Baju Raya Buat Bella’ – Mengapa Aku Nekad Untuk Terus Tuntut Keadilan Buat Bella

Kronologi Kes Bella, Kanak-Kanak Yang Didera Tanpa Simpati Oleh Penjaganya

Kes Penderaan Bella, Wardina Dakwa Wujud Campur Tangan Pihak Ketiga?