Bila bangun pagi, minuman pertama yang diambil oleh sebahagian besar daripada kita sudah pastinya adalah air kosong, atau dalam sesetengah kes adalah air kopi.

Air kopi ini biasanya diambil secara kosong, O, atau mudahnya tanpa gula bagi mengekalkan keaslian rasanya dan dan aromanya yang tersendiri.

Namun itu bukanlah kes buat pelakon dan selebriti terkenal, Rozita Che Wan atau lebih mesra dikenali sebagai Che Ta dalam kalangan peminat industri hiburan tempatan.

Beliau seperti dipetik dalam satu temu bual bersama Astro Gempak baru-baru ini mendedahkan sentiasa mengamalkan ‘Nescafe Ais Kaw’ atau beberapa minuman manis lain setiap pagi.

Perkara itu jelasnya berlaku kerana dia sejak dari kecil sememangnya tidak menggemari meminum air putih atau air kosong kerana rasanya yang sukar untuk ditelan.

“Setiap pagi bangun tidur saya terus minum air Nescafe Ais Kaw’.

“Dan biasanya saya akan minum teh dan minuman manis yang lain,” katanya seperti dipetik Gempak.

Bagaimanapun, buat anda yang merasa sedikit bimbang dengan pengambilan minuman Che Ta ini, jangan risau kerana beliau kini difahamkan sudah mengubah tabiat pengambilan air di waktu pagi.

Menurut laporan berkenaan, dia difahamkan sudah mula mengamalkan meminum air kosong atau air putih di waktu pagi selepas mendapat kesedaran mengenai kepentingan perkara berkenaan.

Ia difahamkan berlaku selepas beliau berasa bimbang dan takut setelah melihat keadaan kesihatan suaminya yang dimasukkan ke hospital kerana penyakit batu karang sebelum ini.

“Saya pun mendapat kesedaran dan cuba belajar untuk minum air putih sekarang bagi menjaga kesihatan.

“Lebih-lebih lagi di usia yang meningkat ini,” jelasnya.

Baca juga perkongsian semasa hiburan yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah. 

Sudah Habis Hujah, Janna Nick Label Netizen ‘Loser’ Selepas Bertikam Lidah Soal Filem Di Twitter

Pernah Gayakan Gaun Rizman Ruzaini Sebelum Natasha Hudson, Pavitra Minta Bahunya Ditutup

‘Paksa Krew TV Makan Belacan Mentah’- Netizen Terhibur Lihat Gelagat Maryam Dalam Program Puncline DAC

Anda Mungkin Suka